Sebelum ini kemelut dalaman parti komponen BN terlalu banyak kita saksikan. Terdahulu dari parti PPP kemudian Gerakan dan diikuti MCA. Namun Najib masih gagah mencanangkan bahawa BN masih kuat.
UMNO pada hakikat sebenarnya bukanlah parti yang kuat, tetapi disebabkan disokong oleh parti-parti komponen maka ianya boleh mendabik dada. Dengan terjadinya kemelut dalaman serta perebutan kuasa di dalam parti komponen, membuat UMNO semakin gusar. Apa tidaknya, jika tiang-tiang sokong semakin condong maka rumah pun akan tumbang. UMNO akan jatuh tersungkur.
Konflik yang berlaku di dalam BN tidak boleh di tahan-tahan lagi. Rakyat hanya menyaksikan cerita penglipurlara yang dimainkan oleh watak-watak utama di dalam parti biru. Ini menunjukkan BN semakin hari semakin lemah. Sengketa yang berlaku sekian lama sudah semakin membarah. Apa lagi yang kita boleh harapkan dari BN melainkan tinggalkan saja parti biru karat itu.
Cerita terbaru adalah kemelut dalaman parti MIC pula. Dari bom C4, kini bom hidrogen dan bom nuklear pula bakal digunakan.
Samy Vellu dalam Utusan Meluat
KUALA LUMPUR 10 Sept. – Kurang dari 48 jam sahaja lagi sebelum pemilihan parti MIC Sabtu ini, Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu mendedahkan beliau mempunyai satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia Datuk S. Subramaniam dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai.
Bagaimanapun, kata Samy Vellu, beliau tidak akan meletupkan bom hidrogen berkenaan kerana ia bukan tindakan baik untuk dilakukan oleh seseorang pemimpin ketika bakal menghadapi pemilihan parti.
Samy Vellu mendakwa, bekas Timbalan Presiden parti itu telah menyediakan beberapa butir ‘bom’ untuk menyerangnya demi kepentingan diri sendiri.
‘‘Setakat ini, satu ‘bom’ pun tidak pernah meletup.
‘‘Tetapi saya ada satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia beliau dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Subramanian dalam Utusan Meluat
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam berkata, beliau tidak gentar dengan kenyataan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mendakwa mempunyai 'bom hidrogen' yang boleh membongkar rahsia dan menjatuhkan maruahnya.
Beliau mendakwa, ia adalah cara Presiden MIC tersebut untuk menakutkan calon dan perwakilan dengan mereka-reka pelbagai cerita yang tidak betul.
''Kalau beliau ada 'bom hidrogen', saya pula mempunyai 'bom nuklear' yang boleh menghancurkan nama dan karier beliau.
Return to Aku Ingin Bebas
1 ulasan:
Macam mana pula pas jadi kuda dap
Catat Ulasan