Isnin, 14 September 2009

ANAK YATIM KATA ANCAMAN SIBER LEBIH DAHSYAT DARI KOMUNIS

PUTRAJAYA 13 Sept. - Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberi amaran ancaman siber di Malaysia semakin berbahaya sehingga kian menular ke pelbagai institusi dan mahu mengambil alih kuasa demokratik rakyat menerusi tindakan fizikal.

Tegas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu, ancaman dari luar dan dalam itu dikenal pasti bersekutu menerusi penulisan blog dan ilustrasi dengan menggunakan idea-idea progresif yang diceduk dari barat dan kerajaan sistem republik yang tidak mengamalkan tahap-tahap keistimewaan rakyat asal.

Beliau memberi contoh bagaimana kementeriannya mengesan antara 500 dan 540 rejaman atau tohmahan palsu setiap bulan menerusi blog, e-mel, Facebook dan Twitter terhadap institusi raja, nilai-nilai Islam, pencapaian orang Melayu serta dasar-dasar kerajaan termasuk gagasan 1Malaysia.

''Ini semua dirancang secara rapi malah dalam sistem mahkamah kita sekarang ada tanda-tanda awal mereka sedang cuba melemahkannya dengan berselindung di sebalik alam siber yang kononnya kebal.

''Ancaman siber ini sebenarnya lebih dahsyat dari komunis dan pengganas kerana ia boleh 'masuk' ke bilik tidur, kamar dan pemikiran generasi muda.

Anak Pak Yatim lupa pula nak senaraikan siapakah diantara komunis-komunis moden ini. Kalau tak silap aku, yang kebanyakkannya memutar belit berita dan fakta adalah datangnya dari akhbar dakyah UMNO termasuk Utusan Meloya, Berita Hairan, Arti M, TV3 suku dan blogger upahan parti biru.Tak gitu!...

Tiada ulasan: