Selasa, 22 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - TIADA CALON UMNO DI BAGAN PINANG

MUAR 21 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang berwibawa, dihormati dan mampu menjalankan tugas dengan baik untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nama calon berkenaan yang memenuhi kriteria dan mengambil kira pandangan semua pihak akan diumumkan pada 29 September ini selepas perbincangan mengenainya selesai.

"Itu kriteria biasa kita gunakan. Penerimaan masyarakat setempat juga penting kerana mereka yang akan menjadi pengundi, itu juga akan diambil kira, kita mengambil kira semua perkara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini.

Sebelum ini, UMNO dengan rasa megah dan bangga diri menyatakan mereka tiada masalah bagi meletakkan calon untuk bertanding dimana-mana jua jika diadakan pilihanraya kecil bagi menghadapi pembangkang. Namun di DUN Bagan Pinang mereka menghadapi krisis yang paling meruncing dalam memilih calon berwibawa.

Mohamad yang juga Menteri Besar menegaskan, Badan Perhubungan UMNO negeri masih lagi belum menerima senarai nama daripada UMNO Bahagian Teluk Kemang yang diketuai oleh Tan Sri Mohd. Isa Samad sehingga sekarang.

Manakala Muhyidddin pula mengelak dari menjawab pertanyaan dari wartawan jika ditanya senarai calon yang telah dikemukakan setakat ini.

Bagi pandangan bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula agar Mohd. Isa tidak dicalonkan untuk bertanding di DUN Bagan Pinang.

Jika dikira dari pelbagai sudut, ini bermakna UMNO sekarang sedang berada dalam keadaan koma. Siapa pun calon UMNO, rakyat perlu menolaknya kerana tiada calon yang bersih bakal ditampilkan di DUN Bagan Pinang.

Tiada ulasan: