Memaparkan catatan dengan label demo umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label demo umno. Papar semua catatan

Jumaat, 11 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - BOM HYDROGEN SAMY VS BOM NUKLEAR SUBRA

Sebelum ini kemelut dalaman parti komponen BN terlalu banyak kita saksikan. Terdahulu dari parti PPP kemudian Gerakan dan diikuti MCA. Namun Najib masih gagah mencanangkan bahawa BN masih kuat.

UMNO pada hakikat sebenarnya bukanlah parti yang kuat, tetapi disebabkan disokong oleh parti-parti komponen maka ianya boleh mendabik dada. Dengan terjadinya kemelut dalaman serta perebutan kuasa di dalam parti komponen, membuat UMNO semakin gusar. Apa tidaknya, jika tiang-tiang sokong semakin condong maka rumah pun akan tumbang. UMNO akan jatuh tersungkur.

Konflik yang berlaku di dalam BN tidak boleh di tahan-tahan lagi. Rakyat hanya menyaksikan cerita penglipurlara yang dimainkan oleh watak-watak utama di dalam parti biru. Ini menunjukkan BN semakin hari semakin lemah. Sengketa yang berlaku sekian lama sudah semakin membarah. Apa lagi yang kita boleh harapkan dari BN melainkan tinggalkan saja parti biru karat itu.

Cerita terbaru adalah kemelut dalaman parti MIC pula. Dari bom C4, kini bom hidrogen dan bom nuklear pula bakal digunakan.


Samy Vellu dalam Utusan Meluat

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Kurang dari 48 jam sahaja lagi sebelum pemilihan parti MIC Sabtu ini, Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu mendedahkan beliau mempunyai satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia Datuk S. Subramaniam dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai.

Bagaimanapun, kata Samy Vellu, beliau tidak akan meletupkan bom hidrogen berkenaan kerana ia bukan tindakan baik untuk dilakukan oleh seseorang pemimpin ketika bakal menghadapi pemilihan parti.

Samy Vellu mendakwa, bekas Timbalan Presiden parti itu telah menyediakan beberapa butir ‘bom’ untuk menyerangnya demi kepentingan diri sendiri.

‘‘Setakat ini, satu ‘bom’ pun tidak pernah meletup.

‘‘Tetapi saya ada satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia beliau dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Subramanian dalam Utusan Meluat

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam berkata, beliau tidak gentar dengan kenyataan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mendakwa mempunyai 'bom hidrogen' yang boleh membongkar rahsia dan menjatuhkan maruahnya.

Beliau mendakwa, ia adalah cara Presiden MIC tersebut untuk menakutkan calon dan perwakilan dengan mereka-reka pelbagai cerita yang tidak betul.

''Kalau beliau ada 'bom hidrogen', saya pula mempunyai 'bom nuklear' yang boleh menghancurkan nama dan karier beliau.


Return to Aku Ingin Bebas

Selasa, 11 Ogos 2009

WIRID BARU UMNO "PUKIMAK " BERGEMA DI IPOH

PERHIMPUNAN menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Bangsa, di hadapan bangunan Umno Perak, Ipoh mengundang kehadiran lebih 50,000 orang (baca: 500 orang).

Laungan ‘Anwar pengkhianat bangsa...., Anwar penjahanam negara.... Anwar penyamun.... Anwar penipu .... Anwar kaki kelentong dan Anwar peliwat.... bergema bagi menzahirkan kemarahan ramai kepadanya.

Perhimpunan bermula 11.30 pagi tadi dan bersurai jam 1.30 tengah hari.





Tambang Free .. makan FREE ... dapat duit poket pun cuma dapat 500 orang je? ok la .. campur dengan pak guard kat situ... kira-kira 502 orang la. Bagi bonus kat UMNO sikit.

FRU dan polis pun tak kacau. Kalau UMNO berani kasi la PR buat perhimpunan maki pemimpin depa ... Amacam ada berani?