Sabtu, 19 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - UMNO DITELANJANGKAN LAGI DALAM ISU PKFZ

PUTRAJAYA 18 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis akan menyiasat sebuah laman web yang menyiarkan dokumen didakwa Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perdana Menteri menegaskan, jika benar dokumen yang disiarkan itu Kertas Kabinet, mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Polis akan siasat dan tengok hasilnya nanti. Apa-apa tindakan ke atas pesalah boleh diambil di bawah OSA," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program Permata Negara di sini, hari ini.

Semalam, sebuah laman web menyiarkan dokumen 18 muka yang didakwa sebagai memorandum daripada Menteri Kewangan bertarikh 22 Jun 2007 berhubung PKFZ.

Menurut Najib, OSA diwujudkan bukan bertujuan menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat yang sepatutnya diterima oleh mereka.

Katanya, kerajaan akan mengumumkan kepada orang ramai mengenai hasil siasatan isu PKFZ apabila siap kelak.

1 ulasan:

sheikh teluk intan berkata...

Salam A-I-B,

Pak Sheikh ingin ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat akhi dan famili. Moga ceria dan dirahmati Allah didunia dan di akhirat

Dan teruskan menulis yang semakin menyengat. Jumpa lagi.