Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ghazali Hashim mengesahkan perkara itu dan berkata, bumbung berkenaan adalah antara kemudahan di stadium itu yang belum diberikan sijil tersebut.
Katanya, mengikut amalan kerja, JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang sudah siap dibina.
"Hanya kemudahan seperti trek, padang selain beberapa tempat di luar stadium telah diberikan sijil itu. Sijil itu telah dikeluarkan semasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada 31 Mei tahun lepas.
"Bumbung stadium belum diberikan sijil tersebut kerana masih dalam tempoh kecacatan (jaminan)," katanya ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meninjau stadium berkenaan semalam.A-I-B: Berita di atas menunjukkan bertapa bodohnya KERAjaan BN apabila hanya memberikan sijil kelulusan untuk kegunaan trek dan padang sahaja tetapi tidak kepada keseluruhan bangunan stadium tersebut.
Yang anehnya, kenapa acara sukan dibenarkan pula diadakan di dalam stadium berkenaan jika ianya tidak selamat untuk digunakan. Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi hendak memperbodohkan rakyat Malaysia mungkin akan berkata, "kalau anda hendak jadi penonton sukan di stadium ini, anda hendaklah berada di trek atau padang bukannya di tempat duduk berbumbung kerana bumbung stadium kami belum beri kelulusan sijil".
Kalau penonton yang hendak menonton acara sukan berada di trek atau padang, dimana pula kedudukan ahli sukan yang mengambil acara sukan berada? Lu pikir...lah sendiri!...
1 ulasan:
Bila bangunan runtuh semua menuding jari salahkan UMNO-BN. Tapi hari ini aku tak salahkan UBN sebaliknya aku salahkan Ultraman sebab kejadian nie!...
Catat Ulasan