Selasa, 9 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN - MEDIA UMNO-BN SEMAKIN GHAIRAH MEMUKUL CANANG

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan. Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

Akibat dari krisis ini, seperti biasa media dan blogger pengampu Umno@BN akan meneruskan kerja jahat mereka untuk melaga-lagakan Pas dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Jika PR tidak bijak menangani kemelut ini ternyata ia akan memberi kemenangan pada UBN dalam perang sarafnya.

Justeru, kita ahli dan penyokong Pas khasnya dan Pakatan Rakyat amnya agar berwaspada dan tidak mudah terperangkap oleh strategi yang dimainkan pihak musuh. Kalau tidak masakan beria-ia Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin menyokong usul TGHA untuk dibincangkan.

Walaupun ianya seperti ditelan mati mak dan diluah mati bapak namun di Manek Urai kita mesti bersatu sebagai PR untuk membenamkan Umno@BN hingga lemas.

Tiada ulasan: