Ahad, 21 Jun 2009
MANEK URAI NAK DIJADIKAN ANAK ANGKAT ANEHNYA ANAK SENDIRI PUN TAK TERLAYAN
Nampaknya semakin hari semakin aneh kelaku kerajaan UBN ini. Bak kata orang tua-tua, jikalau seseorang itu berkelakuan pelik atau ganjil alamatnya mungkin dah nak sampai ajal atau dah tiba saat sakaratulmaut agaknya.
Rasionalnya, sejak akhir-akhir ini memang nampak ketara UBN berperangai pelik contohnya berkaitan kerajaan perpaduan (UG), merekalah yang beria-ia menyokong malah memuji-muji kepimpinan ulamak dalam jemaah PAS. Kalau dulu merekalah yang menghentam dan mencaci ulamak PAS kerana bagi mereka kepimpinan inilah yang memecahbelahkan rakyat dengan mencampuradukkan agama dan politik.
Dan yang terkini, mereka juga membuat kelakuan yang lebih pelik kerana ingin menjadikan "Manek Urai" sebagai anak angkat UBN, itupun jika mereka yang menang disini. Kalau tidak jangan harap nak jadi anak angkat. Yang peliknya kenapa mesti Manek Urai hendak dijadikan bahan ujikaji. Kenapa anak sendiri seperti N.1 Pengkalan Kubor, N.25 Kok Lanas, N.36 Bukit Bunga, N.38 Kuala Balah, N.43 Nenggiri dan N.44 Paloh tidak pula ditatang seperti minyak yang penuh. Kenapa anak sendiri dibiarkan seperti anak angkat. Inilah yang dikatakan, "baik ada makna tu...!".
UBN sekarang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Mereka memerlukan talian hayat untuk terus hidup, namun talian hayat yang selama ini bersama mereka juga seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP pun dalam keadaan ICU. Maka UBN terus menagih simpati jika sekiranya PAS sanggup memberikan mereka sedikit oksigen untuk terus bernafas.
p/s: Sanggupkah anda memberikan mereka oksigen atau anda sediakan saja mereka gas amonia!... untuk terus lemas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan