Pagi tadi aku pergi ke Hospital Selayang kerana ada temujanji di Klinik Pakar. Macam biasa waktu pendaftaran ialah pukul 8.00 pagi. Orangramai dah memenuhi awal pagi lagi ruang disekitar kaunter pendaftaran.
Kaunter pendaftaran klinik pakar di Aras 3, ada 6 semuanya tetapi pagi ini hanya 4 kaunter sahaja yang dibuka. Kaunter 1 hingga 5 adalah untuk orang awam manakala kaunter 6 pula dikhaskan untuk pesara, kakitangan kerajaan, pelajar sekolah, penderma darah, pemegang kad kebajikan, banduan dan penghuni pusat serenti.
Disebabkan aku ini adalah salah seorang dari kenyataan yang tertulis di atas (bukan banduan atau penghuni pusat serenti), maka aku pun terus ke kaunter 6 hendak meletakkan kad temujanji tetapi malangnya kaunter itu didapati tutup seperti di bawah.
Kebanyakan orang terpinga-pinga termasuk aku, kerana tiada notis kemana seharusnya kami mendaftar. Apa punya tur!... Aku dengar banyak orang merungut. Rupanya kaunter tersebut telah diambil alih oleh kaunter 4, tetapi tiada sebarang notis pemberitahuan. Kata seorang pakcik, "saya bukan tau tau baca, lain kali tulislah kalau pindah kaunter". Marah benar pakcik tu!... Pakcik ni seorang warga emas, rasanya seorang pesara kerajaan.
Kalau perkara kecil seperti notis pun tak boleh handle, macam manalah kalau perkara yang lebih besar. Tambah-tambah nak selesaikan masalah 1Malaysia, lagilah rumit. Kakitangan hospital perlu peka tentang perkhidmatan mereka terhadap orangramai kerana pelanggan memerhatikan gerakgeri anda semua.
A-I-B: Cuma sekadar teguran dan ingatan untuk kakitangan Hospital Selayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan