Ahad, 14 Jun 2009

DULU "PROJEK MEE SEGERA", KINI "PROJEK ANAK ANGKAT", SELAMANYA "MENIPU RAKYAT"

Akibat banyak kegagalan dari projek terdahulu yang berstatus "projek mee segera", kini kerajaan UMNO-BN mengorak langkah dimasa kini untuk menghentikan projek itu dengan mengantikannya dengan projek "anak angkat". Dimana projek anak angkat ini dikatakan mampu membawa perubahan yang ketara kepada rakyat 1Malaysia.

Antara projek yang terdahulu yang telah mengalami kegagalan ialah di Permatang Pauh, K.Terengganu, B.Gantang, B.Selambau dan Penanti manakala hanya di Batang Air sahaja projek itu berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun setelah diteliti dan kajian terperinci telah dijalankan, UMNO-BN mendapati projek terdahulu banyak membawa kemudaratan dari kebaikan.

Projek yang dinamakan sebagai "anak angkat" ini akan dilaksanakan buat julung-julung kalinya di Manek Urai. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, projek ini mampu memenangi kesemua sembilan peti undi dalam DUN berkenaan.

Projek anak angkat ini adalah sebagai projek percubaan UMNO-BN. Jika projek ini juga menemui kegagalan di Manek Urai, maka projek seterusnya yang dicadangkan adalah projek "haram jadah".

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya pendapat. pthui....

View Profile: Rantong™

Nabau berkata...

Rantong!... ngko lagi bodoh, pasal ngko orang Ameno kot. Ameno tipu ngko sampai 50 thn pun ngko redha.

ayamkampung berkata...

depa patut belajaq kat shahidan kassim, sembelih lembu buat cabutan bertuah. bila org kampung masuk stadium ramai ramai kunci dari luar. Pakat pakat lena dlm stadium sampai habis ceramah. Malaysia boleh!