Khamis, 30 Ogos 2012

SAMBUTAN MERDEKA DI DATARAN HANYA UNTUK PENGANUT AMENO

Himpunan Janji Demokrasi telah diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram oleh Polis Diraja Malaysia kerana gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan berlangsung di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka.

Hanya kerana notis serta kebenaran menggunakan Dataran Merdeka, menyebabkan Himpunan Janji Demokrasi yang turut sama mahu menyambut merdeka tidak diizinkan berlangsung.

Walhal, kerajaan awal-awal lagi promosikan sambutan hari kemerdekaan negara dengan mengajak seluruh rakyat hadir bagi memberikan sokongan sebagai tanda kemeriahan sambutan itu.

Sambutan Hari Merdeka adalah milik rakyat Malaysia yang cintakan negaranya. Sesiapa sahaja perlu digalakkan menyambutnya sebagai tanda mengingati negara yang mendapat kemerdekaan penuh pada tarikh 31 Ogos setiap tahun.

Malangnya, dengan pengharaman ini, ada sebilangan rakyat ternafi untuk menyambut kemerdekaan negara dengan cara mereka. Apakah sambutan hari kemerdekaan hanya untuk versi yang direstui oleh kerajaan semata-mata?

Sepatutnya, PDRM memberikan sokongan penuh kepada himpunan ‘Janji Demokrasi’ yang bertujuan menghidupkan sentimen patriotik terhadap rakyat negara ini.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PRU13 ramai2 tolak ABU