KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dan Perhimpunan
55 Tahun Merdeka, sebanyak 18 jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup
secara berperingkat bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi tujuan
persiapan, latihan serta sambutan sebenar.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala
Lumpur (IPKKL), Asisten Superintendan, Zuraidah Samsudin, penutupan
jalan dilaksanakan berperingkat mulai jam 6 pagi dan akan dibuka semula
selepas acara selesai.
Katanya, semua jalan ditutup adalah untuk acara utama perbarisan
di Dataran Merdeka yang diadakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan
Ke-55 pada 31 Ogos 2012.
Jalan yang ditutup adalah:
Jalan Travers/Jalan Damansara
Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
Jalan Tembusu/Jalan Lembah
Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin
Jalan Raja/Jalan Hishamuddin
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut
Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi
Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
Jalan T.A Rahman/Jalan Raja
Manakala, bagi acara Perhimpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati
di Stadium Nasional Bukit Jalil, pula tiada penutupan jalan dibuat.
“Acara berkenaan dijalankan pada 31 Ogos juga, bermula jam 4.00 petang dan dijangka tamat jam 12.30 malam,” katanya.
1 ulasan:
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin buat rakan seperjuangan sekeluarga.
Ucapan yang sama juga kepada semua pengunjung di sini.
suasanapolitikmalaysia.blogspot.com
Catat Ulasan