Seperti biasa media pencacai UMNO akan berdiam diri jika ianya berlaku di negeri di bawah pentadbiran UMNO-BN kecuali media yang sedikit telus di dalam laporan mereka.
Gambar hiasan
Kira-kira 40 penduduk Pengerang hadir menunjukkan sokongan kepada panel peguam dilantik bagi mendapatkan Perintah Certiorari untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri terhadap pengalihan tapak perkuburan itu.
Chong Chun Yet, 38, berkata, segala keputusan yang mahu dibuat seharusnya mendahulukan penduduk terlebih dahulu, sebaliknya Kerajaan Negeri mengetepikan mereka sekali gus gagal mendapatkan maklum balas sewajarnya.
“Tanah perkuburan ini sudah berusia beratus tahun lamanya. Tiba-tiba mahu dialihkan untuk mendahulukan projek pembangunan.
“Apa salahnya mereka bertemu dan berunding bersama kami dahulu,” katanya.
Sementara itu, Sim Seng San, 48, berkata, penduduk pernah berdialog dengan wakil rakyat kawasan mengenai bantahan dibuat, tetapi suara dilontarkan tidak didengari dan dibawa ke mana-mana.
1 ulasan:
Siapa yang tak kenal dengan hipokrit UMNO
Catat Ulasan