Khamis, 30 Ogos 2012

PARTI KOLAM RENANG - BERITA YANG TAK AKAN DISIARKAN DI RTM DAN TV3

Pemuda PAS mendesak pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur acara 'perang bikini' yang akan diadakan di sebuah tempat bersantai di Ampang hari ini.

Timbalan ketuanya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan itu perlu diambil kerana program "mungkar" dibimbangi mengundang bala Allah.

"Pihak penganjur tanpa segan silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi dengan kod berpakaian seksi, mengghairahkan, serta pakaian renang," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Pesta dinamakan "Wet and Mad Wednesday Pool Party: Bikini Wars" (Parti kolam renang Rabu yang basah dan gila: Perang bikini) itu akan diadakan bermula pukul 7 malam sehingga 2 pagi.

Selain itu, Nik Abduh berkata, beliau menganggap acara tersebut sebagai pesta seks yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.

Beliau berkata lagi, apa yang lebih menyedihkan apabila pesta tersebut dianjurkan di negara ini.

"Pemuda PAS menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta mencarik adab serta norma kehidupan manusia. Manusia sudah dianggap seperti haiwan yang bertelanjang di mana sahaja serta melakukan apa sahaja yang mereka inginkan.

"Manusia sudah kembali ke alam jahiliah di mana wanita dianggap sebagai barang dagangan dan pemuas nafsu lelaki semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, Nik Abduh mempersoalkan bagaimana program tersebut mendapat kelulusan serta publisiti yang meluas.

Beliau juga berkata, sebagai sebuah negara Islam, aktiviti seperti itu sepatutnya tidak dibenarkan untuk dianjur sewenang-wenangnya.

"Apakah kerajaan mahu membina masyarakat yang bertamadun hasil daripada program songsang seperti ini? Berapa ramai anak gadis dan remaja beragama Islam akan musnah dengan aktiviti seperti ini.

"Tidak apa yang boleh diharapkan dari masyarakat selain dari gejala seks bebas, penzinaan, pelacuran yang membawa kepada berlakunya kelahiran anak luar nikah, pengguguran, pembuangan bayi dan sebagainya.

"Kami merasa kesal kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan serta suara para ulama yang bangkit menentang program seumpama ini.

"Lebih dikesali apabila pusat-pusat hiburan, kelab malam, disko, rumah-rumah urut dibiarkan beroperasi selama ini di pusat bandar raya di negara ini tanpa usaha untuk menutupnya," kata Nik Abduh.

7 ulasan:

muqlis04 berkata...

salam bro..paste aje kat menteri ugama...mufti2...ustaz dan tok guru umno...kita tengok apa tindakan mereka...salam

Tanpa Nama berkata...

KENA TANYA SUARA PR DAHULU.
JIKA ANWAR SETUJU
SESIAPA TIDAK BOLEH KATA APA-APA LAGI..... cia

Tanpa Nama berkata...

SYABAS NAJIB! HAKU sukeee KAH KAH KAH...MAMPUS LAHH PARTI NYAWA2 IKAN KO COME PRU 13.....

Tanpa Nama berkata...

ada ker org2 biasa yg sasau tu buat laporan polis?

kalau belah PR yg buat tuh, aku agak dah lbh 1000 report dah...

Tanpa Nama berkata...

Berapa agaknya UMNO/BN dpt habuan luluskan prgm ni yer?

Tanpa Nama berkata...

Hidup UMNO!... Parti umat melayu mendokong maksiat.

Tanpa Nama berkata...

mmg tak bleh kata apa dah semua nak tengo dan nak p ahhahaa

mai usya

http://wangolds.com/Thread-MalaysikiniBM-Pemuda-PAS-gesa-tindakan-pada-perang-bikini