Pemuda PAS mendesak pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan tegas
terhadap penganjur acara 'perang bikini' yang akan diadakan di sebuah
tempat bersantai di Ampang hari ini.
Timbalan ketuanya Nik Mohd
Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan itu perlu diambil kerana program
"mungkar" dibimbangi mengundang bala Allah.
"Pihak
penganjur tanpa segan silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi
dengan kod berpakaian seksi, mengghairahkan, serta pakaian renang,"
katanya dalam kenyataannya hari ini.
Pesta dinamakan "Wet and Mad Wednesday Pool Party: Bikini Wars" (Parti kolam renang Rabu yang basah dan gila: Perang bikini) itu akan diadakan bermula pukul 7 malam sehingga 2 pagi.
Selain itu, Nik Abduh berkata, beliau menganggap acara tersebut sebagai pesta seks yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.
Beliau berkata lagi, apa yang lebih menyedihkan apabila pesta tersebut dianjurkan di negara ini.
"Pemuda PAS menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta
mencarik adab serta norma kehidupan manusia. Manusia sudah dianggap
seperti haiwan yang bertelanjang di mana sahaja serta melakukan apa
sahaja yang mereka inginkan.
"Manusia sudah kembali ke alam
jahiliah di mana wanita dianggap sebagai barang dagangan dan pemuas
nafsu lelaki semata-mata," katanya.
Sehubungan itu, Nik Abduh mempersoalkan bagaimana program tersebut mendapat kelulusan serta publisiti yang meluas.
Beliau
juga berkata, sebagai sebuah negara Islam, aktiviti seperti itu
sepatutnya tidak dibenarkan untuk dianjur sewenang-wenangnya.
"Apakah
kerajaan mahu membina masyarakat yang bertamadun hasil daripada program
songsang seperti ini? Berapa ramai anak gadis dan remaja beragama Islam
akan musnah dengan aktiviti seperti ini.
"Tidak apa yang boleh
diharapkan dari masyarakat selain dari gejala seks bebas, penzinaan,
pelacuran yang membawa kepada berlakunya kelahiran anak luar nikah,
pengguguran, pembuangan bayi dan sebagainya.
"Kami merasa kesal
kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan serta
suara para ulama yang bangkit menentang program seumpama ini.
"Lebih
dikesali apabila pusat-pusat hiburan, kelab malam, disko, rumah-rumah
urut dibiarkan beroperasi selama ini di pusat bandar raya di negara ini
tanpa usaha untuk menutupnya," kata Nik Abduh.
7 ulasan:
salam bro..paste aje kat menteri ugama...mufti2...ustaz dan tok guru umno...kita tengok apa tindakan mereka...salam
KENA TANYA SUARA PR DAHULU.
JIKA ANWAR SETUJU
SESIAPA TIDAK BOLEH KATA APA-APA LAGI..... cia
SYABAS NAJIB! HAKU sukeee KAH KAH KAH...MAMPUS LAHH PARTI NYAWA2 IKAN KO COME PRU 13.....
ada ker org2 biasa yg sasau tu buat laporan polis?
kalau belah PR yg buat tuh, aku agak dah lbh 1000 report dah...
Berapa agaknya UMNO/BN dpt habuan luluskan prgm ni yer?
Hidup UMNO!... Parti umat melayu mendokong maksiat.
mmg tak bleh kata apa dah semua nak tengo dan nak p ahhahaa
mai usya
http://wangolds.com/Thread-MalaysikiniBM-Pemuda-PAS-gesa-tindakan-pada-perang-bikini
Catat Ulasan