Sebelum ini puak-puak dari keturunan bani UMNO beria-ia mempertahankan
Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham. Kata mereka kelak
hanya akan merugikan pihak pembangkang, bukan warga Felda.
Kata juak-juak itu lagi, pembangkang mengetahui undi di
kalangan warga Felda akan merosot sebaik sahaja FGVH disenaraikan berikutan
pelbagai hasil dan keuntungan yang akan dinikmati warga Felda hasil
penyenaraian itu.
"Itu sebab mereka (pembangkang) memomokkan warga Felda
dengan pelbagai tohmahan mengenai penyenaraian FGVH sebab mereka mahu rakyat
menolak kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Bagi mereka (UMNO) dalam Pakatan tiada pakar-pakar ekonomi
yang setanding dengan mereka yang boleh meramal akan perkiraan untung rugi saham
FGVH. Mereka anggap pakar-pakar ekonomi kita (Pakatan) bodoh serupa mereka juga.
Ternyata perkiraan mereka silap.
Sekarang apa sudah jadi dengan saham FGVH!?... makin naik
atau makin turun... Dengar cerita orang felda sekarang tengah bengang. Cerita
kedai kopi selepas terawih terus jadi bualan hangat. Nasi dah jadi bubur. Bila
saham nak naik... belum tentu.
Tengoklah saham ASN suatu ketika dulu naik sementara tetapi
selepas tahun 1997 terus merudum tak naik-naik sampai sekarang. Kepada
puak-puak keturunan bani UMNO, tolonglah jawap. Peneroka felda tengah hangin
ni...
5 ulasan:
Tu la... percaya sangat kat UMNO
ayat mudah.....padan muka peneroka yg x mahu dengar ckp...padan muka.. huhuhuhuh
susah la nak cakap dgn bangsa melayu ni... boddoh tak boleh diajar cerdik tak boleh diikut... ini mentaliti yg suka sangat percaya dgn penjual ubat tepi jalan... nak kaya cepat cara senang... semua nak jadi Pak Pandir... last2 kampung tergadai... takkan peristiwa peneroka felda Sg. Buaya, Felda Behrang dan banyak lagi tak cukup mejadi pengajaran... ni kena tipu lagi... fikirlah sendiri salah siapa... org dah bagi tau tapi tak nak dengar... bila dah kena tipu marah pulak... ingat tak pada iklan berok nao makan cili yg selalu keluar TV suatu masa dulu... bila ditegah siBerok nak juga makan cili... last2 TEBABOOOO...
aku anak menantu peneroka felda.dah berbuih aku nasihaatkaan...sekarang betul x cakap aku,,...
apakah peneroka akan kehilangan pegangan terhadap hak milik tanah Felda..
Catat Ulasan