KUALA TERENGGANU 29 Mac – Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Pauzan Ahmad berkata, buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian. selanjutnya...
Apalah... nak jadi dengan negeri Terengganu nie! Lepas satu... satu lagi runtuh. Inilah jadinya jika penggunaan bahan pembinaan tidak mengikut piawaian. Nak disalahkan kontraktor 100% rasanya tidak adil. Kerana tidak dinafikan juga, mungkin kontraktor tiada pilihan terpaksa menggunakan bahan murah demi untuk mengurangkan bajet yang terpaksa dilarikan untuk pemberian komisyen diminta oleh pihak tertentu.
Sumber gambar : Zulkefli
1 ulasan:
Stendetlah bro!... projek 'Cap Ayam' tajaan UMNO.
Catat Ulasan