Jumaat, 26 Mac 2010

MP HULU SELANGOR MENINGGAL DUNIA


Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad, 71 meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Mengikut peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

1 ulasan:

Katak Pisang berkata...

Selepas PRK di Hulu Selangor, ada kemungkinan sekali lagi PRK di Pasir Mas pula menyusul. Kah!...3X