Isnin, 22 Mac 2010

PUSAT SERVIS PROTON EDAR B.MALURI STENDET MALAYAU

Pagi tadi memang gua sakit hati betul dengan perkhidmatan pusat servis proton edar cawangan Bukit Maluri. Apa tidaknya... appointments ditetapkan pukul 11.00 a.m tapi sampai pukul 12.00 a.m pun nama gua tak dipanggil-panggil.

Sia-sia gua terpaksa tinggalkan kerja demi untuk tiba di pusat servis tersebut pada pukul 10.30 a.m semata-mata nak buat servis kereta. Kalau tak mengenangkan dah buat temu janji (kalau langgar janji nanti dicop sebagai munafik pulak) tak akan gua sampai kesana jadi babun nak bertenggek lama-lama di pusat servis proton edar haramjadah Bukit Maluri.

Anehnya, gua telefon untuk booking pada hari jumaat dan tarikh yang ditetapkan pula pada hari ini (Isnin - 22.03.10) jam 11.00 a.m. Mangkuk ayun sorang perempuan melayu yang sambut telefon bila gua bercakap untuk booking bila tarikhnya dan masa yang patut gua datang.

Tapi bila gua semak di kaunter penerimaan sebab nama gua tak dipanggil sehingga jam 12.00 a.m, gua dapati nombor pendaftran gua tiada dalam senarai. Makin angin lah gua... Apa pasal dah jadi macam tu!... Disini gua nampak ada kelemahan pada sistem booking nie!... Samada mangkuk ayun tu... salah catat nombor plat kenderaan gua atau catatan dia dah hilang.

Gua cadangkan, lebih baik berbalik kepada sistem asal iaitu 'first comes first serve'. Kalau ikut kaedah lama gua rasa lebih efisyen kerana kita dapat bersemuka terus dengan kaunter penerimaan dengan mengambil nombor giliran. Manakala mengikut kaedah sistem booking, jika terdapat kesalahan dalam mencatat nombor kenderaan akan mengakibatkan pemilik kenderaan gagal dikenal pasti apabila dipanggil berpandukan nombor kenderaan.

Gua rasa inilah stendet perkhidmatan milik GLC yang paling teruk dalam Malaysia. Gua tak pasti ada ker... orang lain yang terkena seperti gua!... Hampeh!....

1 ulasan:

Hijau Malaysia berkata...

saya pon pernah kena camni..yg lagi bestnyee..saya sampai n daftar pukul 8 pagi..tapi pukul 12 baru kereta saya diservice..yg x fahamnyee..dia buat kereta org lain yg x menunggu kat situ dulu..apa masalah dorang?? bodoh sgt ke? saya tunggu cam org bodoh kat sana sampai 4 jam..buat lh kereta saya dulu. suka sgt ke tgk customer dok tercongok lama2 kat tmpat menunggu tu? ada dlm 4 org yg daftar lepas saya pukul 8 gak still kereta dorang x diservice lagi..mmg mengamuk lah org..bila dh kena marah baru dorang service kereta saya..itupun nak tunggu lagi stengah jam..saya antar service kereta hyundai kt tmpt service hyundai x pernah pun camni..xde otak betul dorang ni buat keje..suka sgt ke kena maki hamun dgn customer.