Benarkah UMNO pejuang bangsa melayu? Maka kalau mereka benar-benar perjuangan Nasionalisme yang tinggi sudah pasti mereka telah pun dari awal lagi menukar nama mereka yang berbau Inggeris kepada yang berbahasa Melayu dan bukanya UMNO!
UMNO itu sendiri berasal dari akronim bahasa Inggeris bagi United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Dan seandainya mereka benar-benar memperjuangkan Nasionalisme Melayu sudah pasti Bahasa Melayu berdiri megah semegah kemajuan Bahasa Melayu dan bukannya Bahasa Inggeris yang sehingga kini bermaharajalela. Bahasa Melayu yang mereka perjuangkan sambil lewa umpama Bahasa yang melukut ditepi gantang.
Tak usahlah beralasan bahawa masyarakat kita masyarakat majmuk dan kita menuju era globalisasi sebagai alasan untuk menidakkan peranan bahasa Melayu!
Berfikirlah sejenak apakah UMNO betul betul perjuangkan hak kepentingan bahasa dan bangsa Melayu. Dan yang banyak menampakkan sekarang adalah mereka yang berada di dalam UMNO hanya memperjuangkan demi berkepentingan peribadi semata mata!
Oleh yang demikian terdetik dihati, siapakah sebenarnya yang memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu! Maka mungkin inilah sebabnya timbul sebuah pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didalangi oleh Berahim Ali selaku presidennya.
Lahirnya PERKASA mungkin disebabkan mereka ini tidak lagi mempercayai akan kemampuan UMNO untuk terus membela dan memperjuangkan hak ketuanan Melayu. Lalu PERKASA didaftarkan oleh pendaftaran pertubuhan pada 12 September 2008 di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Kalau benar PERKASA diangkat sebagai wadah perjuangan bagi orang-orang melayu sejak akhir-akhir ini bagi tujuan untuk melindungi dan menjaga hak kepentingan orang Melayu, bermakna perjuangan UMNO ternyata telah gagal sebenarnya. Jika itu jawapannya, dalam masa yang sama orang UMNO sendiri pun tidak mempercayai akan parti keramat berlambangkan keris telanjang itu sendiri kerana rata-rata ramai penyokong PERKASA dari kalangan keahlian UMNO.
Sekiranya UMNO mempertikaikan bahawa PERKASA bukanlah pejuang bagi ketuanan Melayu sedangkan UMNO sendiri ternyata lemah dan gagal dalam misi asalnya. Seandainya pula mereka memperakuinya bermaksud UMNO telah memalukan dirinya sendiri.
1 ulasan:
Bilalah agaknya prk Pasir Mas nak berlaku ni.....nampak gaya kena tunggu PRU 13 lah kot...
Catat Ulasan