Khamis, 16 April 2009

SIAR BERITA PALSU: AMARAN KEPADA BLOGGER

PUTRAJAYA 15 April – Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan ke atas penulis-penulis blog (bloggers) yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau yang akan memberi tumpuan memantau perkembangan laman-laman blog berharap golongan itu dapat bersama bertanggungjawab membantu memajukan negara dalam penulisan masing-masing.

‘‘Kalau terus menyebar berita palsu yang boleh mewujudkan lunas saman malu, kita tidak akan teragak- agak melaksanakan langkah perundangan.

‘‘Walaupun tidak sepakat (dengan kerajaan), saya harap bloggers dapat bekerjasama dalam memajukan bangsa dan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Rais berkata, Kabinet bersetuju mengemaskini nama Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Menurutnya, beliau mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet pertama hari ini dan ia dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘Kalau tidak nama kementerian ini panjang, lagipun aspek kesenian memang sedia ada dalam kebudayaan dan ia lebih afdal,” katanya.

Sumber berita lanjut disini

Amaran: Laman-laman blog yang mungkin akan dipantau adalah selain dari laman blog pro Bee End. Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV3 suku selaku akhbar dan stesyen tv dakyah Bee End mungkin akan dikecualikan dari dipantau. Takutnyer!... maaf, saya dari blogger pro Bee End tau!...

1 ulasan:

Basuh Baju berkata...

nak bagi amaran kpd blogger pulak..bagi amaran kpd Utusan ada berani tak?

bagi amaran kpd menteri ada berani x?

asal salah je, blogger yg kena..apa da..