Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, mereka yang terbabit perlu bersedia berhadapan dengan tindakan Lembaga Disiplin parti.
Menurutnya, setakat ini Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak belum memutuskan sama ada akan meletakkan calon Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya.
"Terpulang kepada ahli UMNO yang mungkin berhasrat untuk bertanding di DUN Penanti atas tiket Bebas tetapi saya merasakan perkara itu tidak mungkin berlaku.
"Kalau ia berlaku, bersedialah berhadapan dengan Lembaga Disiplin parti untuk tindakan terhadap individu yang bertanding atas tiket Bebas," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Ekonomi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Bantuan Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) di sini hari ini.
Kerusi DUN Penanti kosong ekoran Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I meletakkan jawatan Khamis lalu. Sumber dari Utusan Meloya
A-I-B: Berdasarkan dari skrip lama AMENO, jika ia mengatakan tindakan akan diambil pada ahlinya yang bertanding atas tiket Bebas bermaksud tindakan tidak akan diambil pada individu tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan