Malah, setiap hari akhbar arus perdana termasuk eletronik terus menerus membincangkan perihal kabinet baru Najib yang mengekalkan 'ciri lama' ala pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ramai yang melihat, inilah kabinet 'glokal' idaman Najib yang juga diimpikan 'first lady', Datin Seri Rosmah Mansor yang akan menerajui negara bersama suami tersayang.
Menyentuh kabnet Najib, pemerhati politik rata-ratanya melihat tidak ada apa yang istimewa kecuali usaha beliau untuk kembali menarik golongan agama dengan melantik Mej-Jen (B) Dato' Jamil Khir Baharom bekas Pengarah Kagat sebagai Menteri Hal Ehwal Agama Islam.
Selainnya, sama wayang lama yang dipamerkan semula untuk tatapan rakyat yang semakin boleh menilai sejauh mana kabinet 'ikan busuk' ini mampu melakukan kerja untuk rakyat.
Malangnya, berdasarkan pengalaman kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini perihal melantik golongan agamawan tidak mampu menggugat Pakatan Rakyat terutamanya PAS.
Untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno dilihat semakin sukar kerana telah terbukti penolakan rakyat kepada Umno adalah penolakan total yang berkait rapat dengan dasar dan idealis Umno yang semakin menyimpang jauh. Berita lanjut disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan