Sabtu, 11 April 2009

KAMBING HITAM @ MAMAT BUNGKUS DIHUKUM GANTUNG


Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya juga menyatakan bahawa sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Kaedah penyiasatan dan prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya telah mengundang rasa ragu dan kesal rakyat terhadap sistem kehakiman, PDRM dan pemimpin politik kerajaan Malaysia. Satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain. pemuda cheh

p/s: Kini kedua-dua anggota polis tersebut telah dijadikan kambing hitam. Persoalannya, siapakah gembala kambing tersebut sehingga sekarang masih belum terjawab.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM SEDARE PAYAH
MENARIK SUNGGUH BLOG SEDARE NI. TP SYG KURANG INFO. APE PUN SALAM ZIARAH