PUTRAJAYA: Umno belum membuat keputusan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang, yang ditetapkan pada 31 Mei ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia hanya akan diputuskan pada mesyuarat Biro Politik Umno tidak lama lagi.
“Biro Politik Umno akan bersidang sedikit masa lagi untuk menentukan pendirian kita,” katanya pada sidang media mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara di Jabatan Perdana Menteri, semalam.
Presiden Umno itu mengulas pendirian parti selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon 23 Mei ini, manakala pengundian jika ada pertandingan, 31 Mei.
Selain itu, SPR mahu semua parti politik dan penyokong parti pilihan raya kecil DUN Penanti mematuhi larangan berkempen pada hari mengundi mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata larangan berkempen, termasuk meraih undi dan mendirikan pondok panas atau barung bagi membolehkan pemilih keluar mengundi tanpa gangguan.
Beliau berkata, kewujudan pondok panas dan penyokong parti yang terlalu ramai boleh menimbulkan ketegangan dan kekacauan, sekali gus mengganggu pengundi untuk mengundi.
Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 16 April lalu. Selanjutnya disini.
A-I-B: Memang buruk betul perangai UBN nie!... SPR dah lah macam lembu dicucuk hidung, mengikut apa sahaja kemahuan yang dicadangkan oleh parti gerombolan. Selepas ini apa lagi cadangan bernas yang menguntungkan UBN akan dicipta. Yang pasti, ciptalah beribu kekangan mengikut acuanUBN namun rakyat tetap menolak UBN serta gerombolannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan