Projek "mee segera" mungkin tidak akan berlaku di DUN Penanti jika Bee End samada untuk menarik diri atau tidak akan bertanding di kawasan itu seperti mengikut khabar-khabar angin. Maka akan kehampaanlah penyokong-penyokong tegar AMENO-Bee End di kawasan tersebut kerana tidak dapat merasa apa yang penduduk di B.Gantang, B.Selambau dan Batang Ai rasa. Tidak merasa lah mereka akan nikmat dapat anak ayam percuma, bantuan basikal untuk anak-anak sekolah, kain pelikat/batik seorang sehelai dan berbagai lagi bantuan segera.
Mohon patik sembah derhaka pada AMENO-Bee End, apalah kiranya jika parti kesayangan ramai AMENO-Bee End agar bertandinglah di Penanti agar kami dapat nikmatnya nanti.
3 ulasan:
Salam A-I-B,
Pak sheikh bersalah. Patut minta izin terlebih dulu. FYI, Pak telah salin dan tampal entri A-I.B kat blog Pak sheikh dengan sedikit tambahan dan tajuknya Pak Sheikh ubah sikit.
Jangan marah ye. Maaf zahir dan batin
Tak jadi kesalahan pun Pak Sheikh. Hak cipta tak dilindungi dan tak daftar pun ngan SIRIM. Perjuangan kita sama. Lawan tetap lawan!...
Jangan bimbang Orang Penanti! Samy Vellu mungkin menjadi calon Bn di sana kerana dia yang beriya sangat nak Bn bertanding di PRK Penanti Walaupun Najib Rosmah tidak mahu!
Samy tentu banyak lagi duit tol agaknya ? Najib agaknya dah habis duit komisyen kapal selam dulu ?
Catat Ulasan