Selasa, 27 April 2010

KES TEMBAK REMAJA 15 TAHUN DI BAWA KE KABINET


Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya. mkini

3 ulasan:

kembara putih berkata...

Polis Malaysia la polis yang paling celaka sekali di dunia. Budak remaja tu ada senjata api ke sampai polis tanpa berfikir panjang terus tembak?

Musang Hasang berkata...

"Polis Raja DiMalaysia"

Tanpa Nama berkata...

..._...|..__________ __________, , ) ____
....../ `---___________---- _____|] ......
...../_==o;;;;;;;;__ _____.:/
.....), ---.(_(__) /
....// (..) ), ----"
...//___// mentang2 ada pistol
..//___//
.//___//