Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata.
Katanya, beliau sendiri membawa saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.
Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.
“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.
Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.
Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.
Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.
Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.
Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut lalu balik ke rumah. sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan