Khamis, 20 September 2012

SIAPA ORANG TERKAYA DI SARAWAK!...

Dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah orang terkaya di Malaysia nampaknya tidak mengejutkan rakyat Sarawak.

Bagaimanapun, apa yang mengejut ramai daripada mereka ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis dan pihak berkuasa lain didakwa tidak bertindak terhadapnya walaupun beberapa laporan dakwaan rasuah, salahguna kuasa dan kronisme telah dibuat terhadapnya.

Ahli politik dan rakyat biasa yang diwawancara di Kuching sejak dua hari lalu berkata ramai sudah tahu bahawa Taib seorang yang kaya.

"Tetapi kami tidak tahu kekayaan sebenarnya kecuali SPRM, polis dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalankan siasatan," kata mereka.

Ramai rakyat Sarawak tahu siapa yang memilik syarikat gergasi Cahya Mata Sarawak (CMS) dan anak syarikatnya diberi banyak projek besar dan menguasai bekalan simen untuk projek pembinaan, jalan dan pembaikan jalan serta pembinaan empangan.

Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekaligus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia.

Usaha mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya. Tiada pemimpin BN juga mahu memberikan komen berhubung dakwaan itu setakat ini.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hasil berkat menabung dari kecik

Tanpa Nama berkata...

bagus...ada juga melayu yang kaya.

Tanpa Nama berkata...

Keluarga Mahathir Kutty berapa billion pulak?

Tanpa Nama berkata...

Keluarga Mahathir Kutty berapa billion pulak?

Tanpa Nama berkata...

Keluarga Mahathir Kutty berapa billion pulak?

Tanpa Nama berkata...

Keluarga Mahathir Kutty berapa billion pulak?