Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) merosot berbanding kedudukan awal tahun, demikian
menurut hasil kajian terbaru diumumkan oleh pusat penyelidikan
Universiti Malaya (UM), hari ini.
Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat meningkat.
Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat meningkat.
Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa
kepada jangkaan itu dengan andaian anda tidak memihak kepada
mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di
peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami
penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.
Kedudukan itu 26 peratus itu dilihat menggambarkan pendirian
pengundi-pengundi atas pagar, yang akan memainkan peranan penting dalam
PRU13.
Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) ini
menunjukkan hanya 44 peratus mengatakan BN dijangka menang di peringkat
nasional berbanding jangkaan 49 peratus Mac lalu. Dalam pada itu,
peratusan keyakinan PR akan menang meningkat daripada 21 peratus kepada
30 peratus - satu tahap kenaikan yang besar.
Penemuam ini adalah berdasarkan kajian perbandingan yang dijalankan
pada Mac-April dan September 2012. Kajian awal dijalankan antara 31 Mac
dan 15 April lalu manakala yang terbaru dari 1 hingga 16 September.
Dalam pada itu, kajian yang sama menunjukkan bahawa bilangan responden
yang yakin PR akan mengekalkan kuasa di Selangor meningkat besar
daripada 38 peratus pada Mac kepada 50 peratus pada bulan ini.
Bagaimanapun jangkaan bahawa BN akan menang pula merosot daripada 28
peratus kepada 16 peratus. Jangkaan di kalangan responden yang tidak
pasti kekal 34 peratus pada Mac dan September.
Senario yang sama ditunjukkan oleh data membabitkan Kedah. Paras jangkaan PR akan menang di Kedah naik daripada 37 peratus kepada
48 peratus manakala di pihak BN pula menurun daripada 40 peratus kepada
32 peratus. Jangkaan di kalangan responden tidak pasti menurun sedikit
daripada 23 peratus kepada 20 peratus.
Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dikuasai oleh PR pada Pilihan Raya Umum 2008. Pas memerintah Kelantan sejak 1990.
Kajian Mac-April menggunakan 2,282 responden manakala kajian terbaru membabitkan 1,536 responden.
Daripada 1,526 responden, seramai 1,041 melibatkan orang Melayu, Cina (385) dan India (110).
1 ulasan:
Analisa yg menarik oleh UMCED..
Tapi di Selangor rasanya kajian pendapat hanya dibuat dikalangan genuine voter shj..
Ingat BN ada trump card yakni pendatang yg diberi Mykad untk mengundi yg boleh mengubah keputusan PRU 13..
Adakah pengundi genuine yg menyokong pakatan lebih banyak daripada pengundi trump card BN? hanya masa pilihanraya je boleh tahu
Catat Ulasan