Pijak gambar YB Khalid Samad
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Polis hari ini mengedarkan
11 keping gambar menunjukkan beberapa peserta Perhimpunan Janji Bersih
yang melakukan pelbagai kesalahan semasa ambang sambutan Hari
Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.
Antara gambar-gambar diedarkan ialah dua peserta wanita memijak
gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan pada
muka depan Mingguan Malaysia semalam.
Pijak gambar YB Nizar
Turut diedarkan ialah gambar seorang pemuda menunjukkan punggung di
atas gambar Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa
keping gambar peserta lelaki dan wanita lain yang mengibarkan bendera
untuk menggantikan Jalur Gemilang.
Menurut sumber, polis mengenal pasti pemuda berkenaan adalah pelajar sebuah kolej swasta di Cheras.
Bagaimanapun, ketika pemeriksaan polis, pelajar terbabit telah melarikan diri ke Batu Pahat, Johor.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku
Chin Wah berkata, kesemua 11 keping gambar diedarkan itu menunjukkan
kesalahan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan tersebut.
"Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mengenali mana-mana
individu yang gambarnya disiarkan oleh media supaya tampil menyalurkan
maklumat bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari
ini.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit
Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin mengumumkan polis menubuhkan
pasukan khas untuk menyiasat insiden berkenaan.
1 ulasan:
UMNO sanggup buat apa saja demi survival mereka. PRU13 hilangkan mereka dari lanskap politik tanahair
Catat Ulasan