Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.
"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?".
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara
ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa
Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.
"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi
yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada
generasi akan datang," tegasnya yang menyertai Umno lebih tiga tahun
lalu.
Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu
memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13).
"Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa
besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.
"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya
berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat,"
tegasnya.
Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata.
"Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya.
Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menegaskan, PRU13 bakal menjadi cabaran terbesar kaum Melayu bagi memastikan Umno kekal menjadi parti pemerintah negara ini.
"Jika tiada perpaduan dalam parti, saya yakin Umno sendiri tidak mampu melakukan transformasi dalam negara kita," kata beliau yang turut bertindak sebagai ahli panel.

Beliau menambah, rakyat sendiri boleh menilai dan faham dengan realiti
polemik politik masa kini bagi memastikan masa depan negara terjamin
dengan memilih parti yang benar dalam PRU13. sinar
3 ulasan:
mana kotak hitam yg kau cakap dulu wahai sikatak.....mcm gampang skrg..
Haha... UMNO tak akan ambik hang jadi calon la Ezam. Baru tahu dah termasuk tong taik!...
Inilah yang dikatakan kata dia dah nampak dah yang kolam tempat dia berenang dah nak kering jadi dia mula cari tempat baru jadi terpaksalah pecah lubang yang dia pernah bernaung, nak tunggu buat apa lagi sebelum kering dan terperangkap baik cabut dulu, jalan dia sedikit-sedikit perburukkan kawan dulu,lepas tu hentam habis-habisan,siapa tak kenal katak dengan kotak rahsianya.
Catat Ulasan