Rabu, 2 Mei 2012

JANGAN PERCAYA, INI MUNGKIN CERITA BOHONG


KUALA LUMPUR: Menyingkap kembali pengalamannya di Bersih 3.0, wartawan Malaysiakini Koh Jun Lin berkata beliau ditahan ketika merakam aksi polis mengasari para peserta perhimpunan.

Koh ditahan di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Parlimen berdekatan dengan Dataran Merdeka ketika merakamkan aksi polis meleraikan sekumpulan para peserta demonstrasi aman Bersih 3.0.

“Walaupun menunjukkan tag media di baju jurugambar saya, dan memberitahu bahawa saya seorang wartawan, saya telah diperintah oleh dua orang polis untuk meletakkan kamera saya.

"Saya memberikan respon dengan merendahkan kamera, dan menjerit ‘Media! Media!’ dan cuba mencapai ke dalam poket saya untuk mendapat penutup kanta, tapi pegawai polis tersebut tidak berpuas hati,” tulis Koh di Malaysiakini.

Situasi tersebut berlaku pada jam 5.30 petang di mana beliau ditahan dan kamera dan tag media beliau dirampas polis.

“Semasa dibawa melepasi sebarisan pegawai polis dan orang beruniform di Jalan Raja, satu daripada anggota polis mengambil kesempatan melepaskan tumbukan ke perut saya,” tulis Koh, sambil menambah kesakitan itu masih dirasai ketika beliau menulis artikel beliau.

Koh berkata ketika ditahan, ada pihak polis yang tahu beliau ialah wartawan, tapi soalan beliau mengapa beliau ditahan terus tidak diendahkan.

“Saya ditahan di luar Royal Selangor Club, bersama 200 tahanan yang lain, sehingga 7 malam di mana saya memberikan bantuan merawat luka-luka yang dialami oleh ramai dari mereka yang ditahan,” tulis beliau.

Beliau berkata ketika memberikan rawatan kepada tahanan, beliau sempat bertanya pada semua tahanan, “Adakah mereka dipukul?”
“Jawapan yang saya terima adalah ‘Ya’ dan secara sinisnya, ‘Siapa yang tak kena?” tulis beliau.

Koh berkata beliau berjaya berunding untuk mendapatkan kembali tag medianya dengan menukarkannya dengan MyKad.
Kemudian, ada pegawai polis datang memulangkan kembali kamera beliau, namun kad memori kamera itu dirampas.

“Saya tak tahu apa di dalam, tapi pihak atasan telah melihat gambar tersebut dan mereka hendakkannya sebagai bukti,” kata pegawai polis itu kepada Koh.

Koh berkata beliau terkilan dengan jawapan tersebut kerana kad memori tersebut adalah hasil kerjanya yang paling penting untuk hari tersebut.

“Antara gambar yang ada ialah bagaimana polis mengejar dan menahan sekumpulan peserta, deraan yang dialami oleh seorang pegawai polis, tembakan gas pemedih mata, gambar berlumuran darah wartawan TV Al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh Khalid bersama tag media beliau yang beliau berkata dipukul oleh sekumpulan pendemo,” kata Koh.

“Di sebelah lewat petang, saya dibawa di dalam bas bersama tahanan lain, dan saya dapat melihat lebih banyak kekejaman polis. Tahanan dalam bas, yang sudah merasai keperitan aksi polis, melihat dengan seram ketika bas berjalan bagaimana para pendemo dipukul, termasuk seorang di atas jalan raya sedang ditendang oleh beberapa pegawai polis,” kata Koh.

Koh berkata beliau dibawa ke Pulapol di Titiwangsa dan seorang superintenden polis berkata tahanan beliau adalah satu kesilapan dan mengarahkan pegawainya untuk melepaskannya dengan serta merta.

“Tiada dokumentasi yang dilakukan pada penahanan saya atau rampasan terhadap kad memori saya,” kata Koh.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KPN dah kata jangan percaya bulat-bulat kepada sumber internet. Berita yang sah hanya dari sumber RTM dan TV3 sahaja. Kah!...

Tanpa Nama berkata...

Berita ini tiada dalam TV3 dan RTM, Utusex, Berita Hairan dan mungkin juga lain-lain saluran TV Malaysia.

Kezaliman mesti didedahkan.

1. Radzi Razak (theSun) - dibelasah oleh 7 polis dan patah tulang rusuk.
2. Arif Kortono (Malay Mail) - dipukul oleh 6 polis dan kamera pecah.
3. Lisa J.Ariffin (Malaysian Insider) - ditembak kanister dan cedera parah.
4. Koh Jun Lin (Malaysiakini) - ditangkap dan kad memori kamera dirampas.
5. Huang An Jian (Guang Ming Daily) - dipukul polis dan cedera.
6. Kenny Lew (Channel News Asia) - dipukul polis dan cedera.
7. Chen Shaua Fui (Merdeka Review) - ditendang polis dan cedera.
8. P. Malayandy (Makkal Osai) - dipukul 5 polis dan kamera dirampas tanpa dipulangkan.
9. Harry Fawcett (Al-Jazeera) - ditahan polis dan kamera dipecahkan.

Tanpa Nama berkata...

kalau dari dilahirkan mak dan bapak dah ajar cakap bohong dan putar belit dan agama kurang. Inilah hasil dari apa yang diajar. Kalau tak percaya pergi tanya mak dan bapak mereka