Seorang pegawai kementerian belia dan sukan hari ini berkata tiada
individu yang meninggal dunia dalam insiden melibatkan acara perlumbaan
ketika karnival Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya semalam.
Pembantu
kanan jabatan pembangunan sukan kementerian itu, Saipuddin Zakaria
berkata, insiden itu bagaimanapun menyebabkan empat lelaki berusia
antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke dalam wad.
Seorang
daripadanya patah tulang paha, dua lagi mengalami pendarahan dalaman
manakala seorang lagi patah tangan dan kaki, katanya ketika dihubungi.
Empat
lelaki tersebut, yang dihantar ke Hospital Putrajaya malam tadi,
mengalami kecederaan apabila seorang pelumba hilang kawalan ke atas
kenderaan yang dipandunya dan melanggar satu pengadang keselamatan.
Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah.
Selain itu seramai 13 orang lagi yang turut terlibat dalam kemalangan itu menerima rawatan pesakit luar, katanya.
"Yang
terjadi ni, kemalangan biasa yang mana pemandu kereta drag ini mungkin
dia cuai sikit jadi dia terlanggar kita punya pengadang kemudian dia
panjat ke pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi. "Penonton ini walau dah diarahkan turun dari pembahagi jalan, mereka ini degil juga, duduk di atas pembahagi jalan.
"Jadi bila berlaku macam itu, kereta dah naik ke pembahagi jalan, langgarlah penonton," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan