Rabu, 21 April 2010

5 CAWANGAN UMNO MUNGKIN BUBAR DI HULU SELANGOR


DI tengah-tengah pesta membeli pemimpin PKR oleh BN, tersebar khabar terbaru terdapat 5 hingga 10 cawangan Umno akan bubar di Hulu Selangor.

Menurut sumber maklumat, satu pertemuan pemimpin-pemimpin di Umno Bahagian Hulu Selangor dengan pemimpin utama Angkatan Muda Keadilan telah pun diadakan. Bagaimanapun agenda perbincangan mereka dirahsiakan.

Berkemungkinan mengenai perisytiharan pembubaran cawangan Umno menjelang tempoh terakhir berkempen di kawasan parlimen itu. Menurut sumber tersebut lagi, Umno Hulu Selangor amat tidak berpuas hati dengan pencalonan Kamalanathan. Bagi mereka sepatutnya calon Melayu perlu diangkat untuk memimpin Hulu Selangor memandangkan kaum Melayu adalah majoriti.

Parlimen itu sebelum ini telah pun diwakili oleh MIC selama hampir sepuluh tahun namun tidak banyak pembangunan untuk orang Melayu yang diusahakan. Bagi mereka, oleh kerana kerajaan Selangor di bawah PR maka adalah lebih mudah untuk berurusan dengan PR berbanding BN terutama dalam mendapatkan peruntukan membangunkan masyarakat setempat. erapakatan

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maklumat yang saya terima mengatakan penyokong UMNO Hulu Selangor akan memberikan kemenangan kepada calon PKR kali ini dengan harapan PRU13 nanti kerusi Hulu Selangor akan dikembalikan kepada UMNO. Sekiranya MIC menang kali ini, sampai bilapun kerusi tersebut akan terus diwakili oleh MIC. Apalah penting sangat PRK ini. Yang paling penting adalah PRU 13 dan wakil UMNO di Hulu Selangor.

azman kamarul berkata...

bERITA PERLU DITAPIS JANGAN MAIN TELAN BULAT-BULAT.

Tanpa Nama berkata...

berita yg mengarut'kita tunggu 25