Jumaat, 22 Januari 2010

MUHYIDDIN BIDAS KERAJAAN PEMBANGKANG TIDAK BAWA KEMAJUAN

MIRI 21 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang selepas pilihan raya umum lalu kerana gagal memajukan negeri yang ditadbir menyebabkan rakyat tidak menikmati kemajuan dalam erti kata sebenar.

Beliau berkata, hasil lawatannya ke beberapa negeri berkenaan baru-baru ini juga mendapati, mereka masih gagal untuk melaksanakan program pembangunan walaupun telah lama diberi mandat oleh rakyat.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan negeri pembangkang hanya lebih banyak berpolitik dan tidak mempunyai agenda tertentu terutamanya dalam soal membangunkan negeri mereka.

Inilah pembangunan yang membuktikan UMNO-BN prihatin masalah rakyat.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih banyak berusaha untuk membangunkan rakyat dan tidak terlalu memikirkan mengenai soal politik. Demikian menurut laporan Utusan Meloya

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Homestay kepunyaan BN kat tepi laut tu mesti best bro! Brapa RM.. sewa utk 1 malam?

Tanpa Nama berkata...

BTUL TU MALAH LEBIH BAIK DR APA YG PUAK PAKATAN 'TAK' LAKUKAN APA2 SELAIN BERPOLITIK, BANGKANG, FITNAH, DAN PERMAINKAN AGAMA HEHEH