Isnin, 25 Januari 2010

UTUSAN MELOYA PUN BACA BLOG ADUKATARUNA

JOHOR BAHRU 24 Jan. - Pemuda UMNO Johor hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penulis blog yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina institusi raja-raja Melayu.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan kira-kira pukul 6.30 petang ini.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Fadhil Maskon menyifatkan tindakan penulis blog, dikenali sebagai Aduka Taruna itu sebagai biadab kerana tidak menghiraukan sensitiviti rakyat Johor yang masih bersedih dengan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Beliau berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan penulis blog itu dan berharap pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera mengambil tindakan tegas ke atas individu terbabit.

"Rakyat Johor masih lagi dalam keadaan berdukacita dan perasaan itu bertambah apabila seorang penulis blog yang sanggup mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.

"Kemajuan teknologi hari ini dan kebebasan bersuara tidak sepatutnya disalah guna sehingga membolehkan kita menggugat keharmonian negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, lebih 500 ahli Pemuda UMNO Johor dan Gerakan Belia 4B Johor berhimpun di luar Istana Besar di sini bagi membantah kenyataan penulis terbabit di dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.

Selepas menerima banyak komen pengunjung blog yang mengkritik tulisan itu, penulis terbabit memohon maaf namun tetap mempertahankan ideologinya.

Utusan Malaysia yang cuba melayari blog itu mendapati tulisan tersebut telah ditarik balik.

Tiada ulasan: