Rabu, 6 Januari 2010

LLP JADI KAMBING HITAM, SIAL PUNYA PEGAWAI

Anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang awam akan didakwa hari ini berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007.

Sarjan TUDM itu akan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 atas tuduhan melakukan kesalahan curi dalam bangunan dan menolong menghapuskan barang curi.

Orang awam berusia 36 tahun yang merupakan pengarah di syarikat yang terlibat dengan industri penerbangan itu pula didakwa di bawah Seksyen 414 kanun sama.

Kedua-duanya akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Dalam pertuduhan itu, lelaki awam itu dikatakan diwakili peguam, Pritam Singh Doal.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya di sini malam ini mengesahkan mengenai pendakwaan sarjan TUDM dan pengarah syarikat itu esok.

"Siasatan menunjukkan kedua-dua enjin F5 itu dibawa keluar dari Gudang Material Udara 1 (Matra 1) Kuala Lumpur hasil persubahatan anggota tentera berpangkat sarjan dan seorang pengarah syarikat menolong melupuskan kedua-dua enjin itu yang diketahuinya harta curi," katanya.

Pendakwaan itu adalah yang pertama berhubung kes kehilangan enjin F-5E itu.

Pada Jun dan November 2007, dua enjin F-5E berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth dilaporkan hilang ketika proses penyenggaraan rutin.

Kehilangan enjin pertama dilaporkan di Gudang Material Udara manakala enjin kedua sebaik meninggalkan pangkalannya di Butterworth untuk ke ibu negara.

Ia dipercayai dijual sebagai komponen alat ganti kepada sindiket antarabangsa di luar negara.

Bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin bernilai RM100 juta itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, 4 Ogos 2008.

Gani dalam sidang akhbarnya semalam memaklumkan, polis telah melengkapkan siasatan kes itu dan beliau berpuas hati dengan hasilnya yang mendapati tiada pegawai tinggi tentera terlibat.

Lokasi terakhir enjin pesawat itu dikesan adalah di Uruguay.

Tiada ulasan: