Rabu, 20 Januari 2010

JIKA SABIT KESALAHAN, PEMBUNUH IBU SAUDARA ROSMAH MUNGKIN DIHUKUM GANTUNG

REMBAU 19 Jan. – Kematian ngeri empat beranak termasuk seorang daripadanya dipenggal kepala genap dua minggu lalu telah mengheret seorang daripada ahli keluarga mangsa ke mahkamah hari ini.

Rasidi Ismail, 32, seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22; bapa, Ismail Awang, 76; nenek, Sufiah Katas (ibu saudara Rosmah), 80 dan datuk, Atan Daud, 87.

Dia didakwa membunuh Siti Khadijah di rumah No. 119 di Kampung Batang Rokan, Gemencheh di sini manakala tiga lagi mangsa didakwa dibunuh di sebuah rumah tidak bernombor di kampung yang sama antara pukul 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Di bawah seksyen tersebut, tertuduh tidak dibenarkan bebas dengan jaminan.

Rasidi kelihatan tenang dan menganggukkan kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nur Shafrida Hashim.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam bela.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud.

Siti Nur Shafrida menetapkan 19 Februari ini sebutan semula kes tersebut di Mahkamah Majistret Tampin sementara menunggu laporan kimia.

Tertuduh yang memakai kemeja T dan seluar panjang biasa serta bergari kedua-dua belah tangannya tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dengan dikawal beberapa anggota polis.

Ibu tertuduh, Zaharah Atan, 59, serta seorang anak saudara lelaki turut hadir di mahkamah.

Selepas prosiding selesai, Zaharah dengan rasa hiba turut menghampiri Rasidi dan mengusap pipi anaknya yang ketika itu ditempatkan di dalam kereta polis.

Dalam kejadian bunuh tersebut, mayat Atan ditemui putus tangan kanan manakala isterinya, Sufiah putus tangan kiri.

Ismail pula putus kepala dan Siti Khadijah ditemui dengan sebilah senjata tajam masih terpacak di dadanya.

Tertuduh ditahan di jejambat berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.05 petang 6 Januari lalu. Sumber

2 ulasan:

Adik Tiri berkata...

Sian budak tu... Kak Mah tak pergi ziarah ker!?...

Tanpa Nama berkata...

Tak sempat nak ziarah sebab sibuk dengan tugas membantu suami kot!
Jangan buruk sangka pulak.