Sabtu, 9 Mei 2009

PEMBEBASAN MANOHARAN - MUNGKIN ADA AGENDA TERSEMBUNYI

PUTRAJAYA 8 Mei – Selepas 36 hari Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik Perdana Menteri dan ketika kajian terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedang giat dijalankan, 13 lagi tahanan akta itu akan dibebaskan.

Ia termasuk tiga baki pemimpin pertubuhan haram Hindraf. Alasan kerajaan hanya satu - kesemua tahanan itu didapati tidak lagi memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Pembebasan mereka adalah yang kedua dibuat oleh kerajaan pimpinan Najib selepas pada 3 April lepas, sebaik saja mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau mengumumkan pembebasan 13 tahanan termasuk dua pemimpin Hindraf.

Langkah pembebasan terbaru itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tiga baki pemimpin Hindraf yang dibebaskan ialah K. Vasantha Kumar, 36, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, 48, penasihat undang-undang pertubuhan itu, P. Uthayakumar, 47. Baca seterusnya disini dan sini.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Najib, rakyat sebenarnya sudah lali dengan permainan dan pembohongan politik UBN. Agenda sebenar kenapa Manoharan dibebaskan tak lain dan tak bukan kerana BN takut dimalukan sekali lagi jika Manoharan benar-benar letak jawatan sebagai ADUN kerana tidak mampu melaksanakan tugas kerana dalam tahanan ISA dan pasti PRK akan diadakan di DUN Kota Alam Shah.

Rakyat juga masih belum lupa apa yang telah berlaku kepada ADUN Penanti Mohamad Fairus Khairuddin. Beliau juga telah melepaskan jawatannya sebagai ADUN kerana dituduh menerima rasuah. Selepas dibicarakan beliau didapati tidak bersalah oleh SPRM. Permainan ini seolah-olah suatu proses memujuk dan sudah diatur agar Mohammad Fairus masih boleh menarik balik keputusan meletak jawatan ADUN Penanti kerana telah bebas dari disabitkan kesalahan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Mohammad Fairus berhak menukar pendiriannya sekali gus kekal sebagai wakil rakyat Penanti kerana beliau telah dipilih secara sah oleh pengundi di kawasan tersebut. Namun beliau tetap dengan pendirian untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN, sekaligus akan berlakunya PRK Penanti pada 31 Mei ini. Baca seterusnya disini.

Inilah fobia UBN jika ianya benar-benar berlaku juga di DUN Kota Alam Shah. Yang pasti malu UBN di P.Pauh, K.Terengganu, B.Gantang dan B.Selambau masih belum dapat dilupakan. Inilah skrip lama yang dimainkan oleh UBN dalam proses pujuk Manoharan dan tak mustahil jika Manoharan juga ikut jejak ADUN Penanti tetap melepaskan jawatan maka akan berlaku juga PRK di DUN Kota Alam Shah. Yang penting Manoharan sudah bebas.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TERSEMBUNYI TENGKORAK SEDARE HEHEHE. TU LE DH BG LEPAS PUN SEDARE NK MELALAK. BAGI LEPAS SLH. TAK BG LEPAS PUN SLH! KEHKEHKEH..PAKATAN DH TELANJANGKAN DIRI SENDIRI KT PABLIK NK KATA APE?? HUHUHU..ARIBA2..ANGERE2..YEHAAAAA!!!!p/s: tah lepas ke tak komen sy ni hehehe

A-I-B berkata...

Sedare Jeffry!...
Lepas nie UBN akan dilemaskan secara perlahan-lahan. Kita tak suka cara kasar. PR ibarat hero Hindustan, kalah dulu tapi menang kemudian.