Khamis, 14 Mei 2009

SATU MALAYSIA DAPAT HADIAH PADA SATU SEPTEMBER

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin mengumumkan rombakan jenis petrol bagi jualan runcit yang berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 September ini.

Dalam rombakan itu, kerajaan memansuhkan penjualan petrol RON92 berkuat kuasa 1 September dan memperkenalkan RON95.

Petrol RON97 pula akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter.

Petrol RON95 mula dijual di dua stesen minyak Petronas di Putrajaya dengan jenama Primax 95 kelmarin sebelum diikuti syarikat lain secara berperingkat.


A-I-B: Terima kasih di atas hadiah ini. Marilah kita sama-sama berdoa, agar selepas ini kita akan dianugerahkan berbagai-bagai lagi hadiah yang mengembirakan hati kita. "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Tiada ulasan: