Arahan membataskan wartawan membuat liputan sidang dewan itu Khamis depan - yang pertama selepas BN merampas kuasa Pakatan Rakyat, Feb lalu - sebagai campur tangan setiausaha kerajaan negeri.
"Perjalanan persidangan Dewan Negeri terletak di bawah bidang kuasa Speaker.
"Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Abdul Rahman Hashim) tidak berunding dengan Speaker berkaitan dengan hal ini.
"Beliau membuat keputusan sendiri secara sewenang-wenangnya," kata Speaker, V Sivakumar.
"Sekali lagi, Setiausaha Kerajaan Negeri telah campur tangan dalam urusan perjalanan Dewan Negeri."
Malaysiakini semalam melaporkan hanya beberapa "media utama" sahaja diberikan kebenaran untuk membuat liputan sidang penting tersebut yang menentukan saat-saat getir perjuangan terakhir Pakatan dalam perebutan kuasa dengan BN - termasuk menentukan Speaker baru dan usul menyokong menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir.
Media dalam talian termasuk Malaysiakini tidak diberikan peluang berbuat demikian.
Dalam kenyataannya kepada media hari ini, Sivakumar berkata media "bukannya datang untuk menimbulkan kekecohan dalam dewan."
"Mereka (media) hanya datang untuk membuat liputan persidangan. Rakyat berhak mengetahui apakah sebenarnya berlaku dalam persidangan hari itu," katanya.
"Rakyat tidak boleh diperdayakan dengan berita 'satu pihak' dengan hanya membenarkan media yang menyokong kerajaan.
"Tindakan Datuk Setiausaha jelas menunjukkan satu lagi usaha yang mengancam demokrasi negara kita." Sumber dari Malaysiakini
A-I-B: Peringatan; Akhbar dari pro PR tidak dibenarkan masuk waima hadir duduk di kaki lima sekalipun. Sidang DUN ini nanti hanya diberi keistimewa kepada akhbar dakyah pro UBN sahaja.
Kepala hotak hangpa!... UBN dah makin teruk...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan