YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!
Kumpulan polis berpakaian biasa keluar dari bangunan Dewan Negeri Perak.
Dari tingkat dua Bangunan SUK jelas kelihatan deretan polis keluar dari bangunan SUK
Kumpulan polis berpakaian biasa keluar dari bangunan Dewan Negeri Perak.
Dari tingkat dua Bangunan SUK jelas kelihatan deretan polis keluar dari bangunan SUK
Pangkat di bahu baju Dress no 1 saya tinggal 1 sahaja, hilang dalam pergelutan pertahankan speaker
Ipoh: Satu malapetaka dan pencabulan hak oleh pihak yang tidak sepatutnya hadir dalam Sidang DUN tapi kali ini bila lebih 300 orang polis berpakaian seragam dan tidak, diarah oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mengundang kekecohan Sidang Dun hari ini.
Saya sendiri terserempak dengan segerombolan mereka yang sedang mengadakan 'rowcall' atau perbarisan tugas di lantai bawah berhampiran tempat letak kereta sebentar tadi.
Merekalah antara yang berpakaian biasa yang masuk dan menganggu persidangan sehingga menimbulkan kekecohan yang tidak sepatutnya.
Selain itu merekalah yang mengusung dan menyeret Speaker Sivakumar keluar dan dikurung di sebuah bilik rahsia yang mengikut maklumat awal adalah stor.
Inilah demokrasi yang tercemar di Perak hari ini. Sejarah pertama sebuah Dewan telah diceroboh oleh begitu ramai pegawai keselamatan. Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya menyalahkan orang yang mengarahkan mereka bertugas di tempat yang tidak sepatutnya.
Sumber dari blog Cina Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan