Isnin, 18 Mei 2009

SAH!... UBN TAKDE TELOR DI PENANTI

1 Malaysia rasa tak seronok bila Najib umumkan BN tak bertanding di DUN Penanti pada petang tadi terutamanya penduduk pro UBN Penanti. Apa taknya, tak merasalah rakyat 1 Penanti yang setia pada UBN akan projek mee segera seperti kebiasaannya sebelum menjelangnya pilihanraya. Sebelum ini pun pernah saya menulis hal sedemikian di laman blog ini. Dalam hal ini, kita perlu tabik spring pada calon Bebas iaitu Aminah Abdullah kerana beliau rupa-rupanya mempunyai telor (lebih berani) daripada parti BN yang tidak mempunyai telor untuk bertanding di Penanti. Kemana pergi telor-telor UBN!... 1 Malaysia dan 1 Dunia nak tahu!...


Malaysiakini: Seperti dimaklumkan lebih awal, Barisan Nasional tidak bersedia mencabar calon PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri juga menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.

PKR pula telah menamakan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk mengisi kembali kerusi tersebut yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang melepaskan kerusi tersebut 16 April lalu di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

Ditanya mesej yang ingin disampaikan BN kepada masyarakat, Najib berkata mereka "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."

Tiada ulasan: