Rabu, 2 Mei 2012

EDISI JANGAN PERCAYA - WARTAWAN MENIPU DIPUKUL

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta maaf kepada jurugambar akhbar The Malay Mail, Muhammad Arif Kartono yang mendakwa dirinya dikasari polis ketika membuat liputan pada perhimpunan di Dataran Merdeka, Sabtu lepas.

"Polis minta maaf atas insiden yang berlaku. Dalam keadaan kekalutan dan kelam-kabut polis tidak dapat membezakan antara peserta perhimpunan dan media," katanya kepada Muhammad Arif, 23, yang ditemui semasa pertemuan dengan media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Semasa pertemuan itu, Ismail melihat sendiri kesan kecederaan di muka Muhammad Arif yang masih kelihatan lebam di wajahnya.

Muhammad Arif, yang memakai kemeja corak berkotak dan berseluar jeans, bersalaman mesra dengan Ismail sebelum kedua-dua mereka mengambil gambar bersama.

Sabtu lepas, Muhammad Arif cedera di muka dan anggota badan setelah dikatakan dikasari polis ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.

Polis berjaya mengekang tindakan liar peserta perhimpunan itu yang ingkar perintah larangan Mahkamah Majistret untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka mulai 28 April hingga 1 Mei.

Larangan itu dikeluarkan setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan kecuali acara rasmi peringkat nasional dan turut menawarkan lokasi alternatif tetapi ditolak penganjur.

Selain Muhammad Arif, jurukamera TV AlHijrah, Mohd Azri Mohd Salleh turut cedera dan menerima 15 jahitan di kepala akibat dipukul peserta perhimpunan ketika jurukamera itu cuba melindungi anggota polis yang juga dipukul oleh peserta terbabit.

Pada majlis yang sama, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menyarankan kepada media agar menggunakan pakian khas seperti "vest media" untuk membezakan peserta perhimpunan dan pengamal media bagi mengelakkan insiden tidak diingini pada Sabtu lepas.

Mohmad berkata insiden wartawan dan jurugambar dikasari bukan disengajakan kerana keadaan ketika itu kelam-kabut serta sukar untuk dikawal menjadikan pihaknya sukar membezakan antara orang awam dan pengamal media.

"Saya rasa cara itu (memakai vest media) merupakan cara terbaik buat masa ini kerana pihak polis boleh membezakan antara media dan peserta perhimpunan sekiranya berlaku tindakan di luar kawalan," katanya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu pembohongan yg nyata....apa KPN ingat rakyat Malaysia ni bodoh ker atau KPN sdri yg dah tak relevan untuk thn 2012 ni...dah expired

Tanpa Nama berkata...

Bedal sampai lebam pastu baru kita mintak maaf. KPN

kembara putih berkata...

"polis tidak dapat membezakan antara peserta perhimpunan dan media"??? Bukankah jurugambar itu telah memberitahu bahawa dia orang media n tunjukkan kad media dia. 1Kenyataan yang tidak bertamadun dr KPN.

Mcam mana pula dgn tindakan polis merosakkan dan merampas kamera jurugambar? Polis tak dapat membezakan petugas media juga ke?

Tanpa Nama berkata...

Sebab itu mereka ini dilabelkan taraf anjing

Tanpa Nama berkata...

Wahai ketua anjing, apa hak enko mengarah anjing2 untuk memukul orang..mengikut arahan bos kdn sibacul sial.. .. atau engko terpesona dgn nasihat2 yahudi apco menggunapakai cara2 yahudi laknat membunuh penduduk palestine

Tanpa Nama berkata...

Anjing-anjingan ini mendapat arahan daripada lumbumno babian.