Khamis, 3 Februari 2011

MERLIMAU - DOAKAN SAHAJA WAKIL RAKYAT ANDA MATI

Trend mengula-gulakan rakyat kini bakal bertapak di Merlimau pula setelah kejayaan cemerlang UMNO-BN berjaya dilakukan di DUN Tenang, Labis baru-baru ini.

Bukan main seronok pengundi-pengundi serta pencacai-pencacai UMNO-BN meraikan kemenangan calon mereka tanpa sedar ianya disusuli dengan hadiah kenaikkan harga minyak RON97 sebanyak RM0.10 daripada RM2.40 kepada RM2.50 pada keesokkan harinya.

Disini saya bukan hendak memfokuskan tentang kemenangan calon mereka tempohari, apatah lagi mahu berkongsi kegembiraan dengan makcik/pakcik felda. Yang ingin diketengahkan di sini adalah berkaitan dengan projek dan bantuan mee segera.

Dijangkakan limpahan projek serta bantuan yang akan disalurkan di DUN Merlimau akan dilaksanakan selewat-lewatnya ketika hari penamaan calon pada 26 Feb ini.

Telah terlalu banyak contoh yang kita dengar, baca dan lihat disekeliling kita apabila setiap kali diadakan PRK maka sogokkan projek serta bantuan pilihan raya pasti akan mewarnai suasana.

Nampaknya semakin ramailah rakyat akan mendoakan wakil rakyat di tempat mereka mati apabila mereka memerlukan bantuan atau sumbangan. Itulah jalan yang paling mudah untuk mendapatkan projek mee segera serta bantuan untuk masjid, surau dan sekolah-sekolah.

Lebih kerap wakil rakyat mati bermakna lebih cepatlah bantuan dan sumbangan akan tiba untuk penduduk setempat. Tak kiralah samada ianya dari wakil rakyat BN atau pembangkang.

Persoalannya, adakah kematian wakil rakyat merupakan tiket untuk mendapatkan bantuan segera? Jadi, apakah fungsi wakil rakyat semasa hidupnya.

Pilihanraya kecil di mana pula selepas di DUN Merlimau?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin di Pekan pulak kot!...

Tanpa Nama berkata...

NILA HIKMAH DARIPADA AJARAN PAS MENDOAKAN UMAT ISLAM HANCUR, MATI, BALA ATAU PERKARA2 YANG BURUK...SIAP SEMBAHYANG HAJAT LAGI..NI KERJA MURSHEET AJIS

KITAB MANA YANG HANGPA PAKAI..NILA SUSAHNYA KALAU MENGAKU ULAMA TAPI PERANGAI MACAM ULAPUKIMAK

Tanpa Nama berkata...

MP-MP atau ADUN-ADUN yang nak mati perlu mati sebelum cukup tiga tahun dari tempoh PRU12, kalau dia mati selepas itu, berputih masa sahajalah... tiada PRK akan diadakan.

Fencesitter berkata...

Ni lah yang dinamakan AHLI PAS.... saya yang bukan UMNO mahu pun ahli DAP ...

puspawangi berkata...

kes hidup susah, mati pun susah! kes nya masa hiduo menyusahkan rakyat, bila mati sendiri susah la..apa nak jawab dengan Allah nanti...kalau kisah lah dengan adanya hidup sesudah mati !