Rabu, 23 Februari 2011

MINTA LAH... APA SAJA, PASTI DORAEMON UMNO AKAN TUNAIKAN

Doraemon UMNO

PAS yakin semua permintaan rakyat di Kerdau dan Merlimau akan ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN) sempena dengan pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu sekarang.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin, jika rakyat minta sungai atau betulkan jalan yang bengkang bengkok pun akan ditunaikan oleh kerajaan BN sekarang.

"Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata beliau di majlis ceramah dekat sini.

Namun begitu, Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau dan Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan rakyat kawasan itu agar mengingati apa yang berlaku dalam kawasan pilihan raya kecil sebelum ini.

"Sebelum tuan-tuan percaya kepada janji-janji mereka, tuan-puan kena ingat pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh sebelum ini. Ketika itu, beratus-ratus lori bawa batu jalan masuk ke kampung-kampung untuk membaiki jalan yang berlubang.

"Namun, akhirnya selepas pilihan raya, batu itu tinggal batulah. Jalan raya tuan-puan tetap macam itu juga," katanya mengingatkan janji BN semasa pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini.

Kerdau adalah kawasan pilihan raya yang berjiran dengan kawasan pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini.

Dalam pilihan raya itu, PAS meletakkan Datuk Hishamudin Yahya untuk bertanding namun kalah di tangan calon BN.

Tuan Ibrahim mengingatkan, kali ini orang-orang yang sama dengan watak-watak yang sama akan datang lagi ke Kerdau.

"Namun tuan-puan kena ingat, jangan sampai tertipu buat kali kedua," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, walaupun BN menang beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini, mereka sangat takut dengan kebangkitan rakyat sejak 2008 hingga kini.

"Walaupun PM menang besar dalam pilihan raya umum 2008, namun kenaikan yang ketara jumlah pengundi di Pekan menunjukkan PM sendiri sangat bimbang.

"Sebab itu, Perdana Menteri selalu saja mengulangi, Mesir tidak sama dengan Malaysia. Percayalah di Malaysia, rakyat yang kena dulu, Mesir tidak," katanya merujuk kepada kebangkitan rakyat Mesir.

Menurut Tuan Ibrahim, Umno sangat bimbang dengan tawaran 100 hari pertama Pakatan Rakyat melalui buku Jingganya.

"Sewaktu kita tawarkan program 100 Paktan Rakyat, PM berulang kali berkata, negara akan bangkrap jika ia dilaksanakan," katanya.

Sebenarnya, kata Tuan Ibrahim, tawaran yang dibuat oleh Pakaran Rakyat itu berdasarkan kajian teliti dan penyelidikan mendalam yang dibuat dan atas kemampuan negara.

"Yang paling menakutkan mereka, bila kita berjanji nak beri RM500 elaun tambahan sebulan kepada semua guru di Malaysia. Mereka kata, negara akan bangkrap.

"Namun, baru-baru ini, lebih 800 guru-guru besar dinaikkan gaji mereka...boleh pula," kata Tuan Ibrahim.

Pakatan Rakyat juga, kata Tuan Ibrahim, menawarkan untuk menghapuskan tol dalam program 100 harinya.

"Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan penurunan kadar tol....kalau panjanglah lagi tempoh menjelang pilihan raya ini, mereka akan tiru satu persatu cadangan kita," kata beliau.

2 ulasan:

TARANTULA berkata...

DAH BN NAK BAGI BAGUSLA, HARAPKAN PAS HABUK PUN TAKDA...KALAU PAS MENANG ADA DUIT KA NAK BANTU RAKYAT. NAK PILIHANRAYA PUN KEMPEN SAKAN BUAT TABUNG BULUH.

LAGI SATU, MANA KAU TAHU BN TAKUT DENGAN BUKU JINGGA 100 HARI TU ??? MANA KAU TAHU GURU MALAYSIA PERCAYA JANJI PR NAK BAGI RM500 ??? DAH SURVEY SATU MALAYSIA KA

CERITA MUDAH KORANG DAH RASA BAHANG PRU TAK MEMIHAK PEMBANGKANG MULALA NAK REKA CERITA

Blog 1 Malaysia berkata...

Janji utk generasi muda pasti ditunaikan..









--------------------------------------------------------------------------------------------
Transformasi besar kpd generasi muda - Generasi baru wajib 'membunuh' beruk-beruk tua nyanyuk Sinar Harian yang Nak MampuS...BACUL!!
http://Blog1Malaysia.blogspot.com/