Isnin, 7 Jun 2010

LAWAK ANTARABANGSA - MALAYSIA NAK DAKWA ISRAEL DI ICJ

Berita Hairan: Malaysia akan memfailkan petisyen terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di The Hague kerana menyerang kapal bawa bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara dan membunuh sembilan sukarelawan, minggu lalu.

Berikutan itu, satu pasukan pengamal undang-undang di negara ini sudah ditubuhkan dan kini dalam proses merangka petisyen berkenaan untuk difailkan.

Pengerusi Sekretariat Perundangan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim, berkata pasukan itu kini meneliti maklumat berkaitan serangan berkenaan. Kamilia yang juga Naib Ketua Wanita UMNO berkata, setakat ini 10 peguam sudah menyertai misi guaman sukarela itu dan pihaknya mengalu-alukan penyertaan mana-mana peguam tanpa mengira ideologi politik dan agama, terutama peguam hak asasi manusia, selain penuntut undang-undang.

“Kita kena bertindak kerana apa yang dilakukan Israel jelas mencabuli undang-undang antarabangsa dan melanggar hak asasi, lebih-lebih lagi menembak mati sukarelawan dari jarak dekat.

“Kita juga ada saksi hidup yang boleh menceritakan kejadian di atas kapal Mavi Marmara,” katanya di kediaman Perdana Menteri pada majlis meraikan 12 sukarelawan di sini, semalam. Usaha itu juga mendapat kebenaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersarapan bersama 12 sukarelawan diketuai Noorazman Mohd Shamsuddin.

Dua belas aktivis kapal Mavi Marmara yang diserang Israel itu tiba di tanah air jam 5.40 pagi semalam.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disambut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula berkata sebahagian sukarelawan setuju berkongsi pengalaman pada ceramah yang akan diatur UMNO.

Nota: Takutnyeee!....

Tiada ulasan: