Isnin, 2 November 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA: AHLI PARLIMEN SRI GADING MUNGKIN TINGGALKAN BN

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak agar tidak mempersoalkan haknya sebagai Perdana Menteri untuk melantik sesiapa sahaja yang layak dan berkarisma menganggotai Kabinet.

Tegas beliau, segala tindakannya bukan bertujuan menggunakan kuasa semata-mata tetapi demi kepentingan semua pihak atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri untuk semua kaum, bukan untuk Melayu sahaja.

Menurut beliau, pelantikan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebagai menteri adalah bagi menghargai peranan parti itu dan sebagai sebahagian daripada proses pemulihan parti berkenaan.

“Jangan persoalkan, ini hak saya sebagai Perdana Menteri dan saya buat ini bukan saya nak gunakan kuasa tetapi sebab saya fikir saya adalah Pengerusi BN, saya buat demi kepentingan BN, saya bukan Presiden UMNO sahaja, saya juga Pengerusi BN.

“Saya bukan Perdana Menteri untuk Melayu tapi untuk semua rakyat Malaysia, sebab itulah saya bertindak sedemikian, saya lihat daripada keseluruhannya, saya melihat masa depan negara kita, saya lihat kita telah kena pukul oleh rakyat dengan memberikan peringatan dan isyarat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Nasional 2009 Parti Gerakan di sini hari ini.

Hadir sama, Tsu Koon, penasihat parti itu, Tun Dr. Lim Keng Yaik dan pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang lain.

Khamis lalu, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz mendesak Tsu Koon supaya berundur daripada barisan Kabinet kerana mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri.

Ulasan:

Tahniah Datuk Mohamad Aziz kerana berani bercakap benar serta berani menangung risiko politik. Tak semua orang dalam UMNO-BN seberani anda. Kebanyakannya adalah terdiri dari kelompok "angguk-angguk" dan "geleng-geleng". Kita jumpa di Sri Gading nanti saya belanja makan nasi bariani gam B.Pahat

2 ulasan:

mack berkata...

Memang koh tsu koon akan gagal melaksanakan KPI kerajaan dengan sebab itu dah ada 2 menteri jaga KPI termasuk idris jala takan tak reti lagi UMNO/BN. Nak fikir apa lagi keluarlah dari UMNO/BN yang dah nyanyok tu

A-I-B berkata...

Setuju dengan pendapat mack