Memaparkan catatan dengan label Nazri Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nazri Aziz. Papar semua catatan

Isnin, 15 Ogos 2011

LAWAK ANTARABANGSA; MCA DAN GERAKAN DAH TAK RELEVEN, DAP DI PELAWA SERTAI BN

Dengan perasan tulus dan ikhlas, disini saya ingin mengajak semua rakan-rakan dari Pakatan Rakyat agar kita ketawa secara berjemaah demi menghargai pelawaan Nazri Aziz supaya DAP menyertai BN. Kah!...3X

Dipetik:
Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.

"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.

"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.

Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.

Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata, sejak 45 tahun yang lalu, pemimpin DAP telah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka.

"Pemimpin kami, ramai yang dianiaya dan didakwa di mahkamah, (ada) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Sesetengah mereka telah "dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ada juga dihalang daripada bertanding selama lima tahun tetapi demi perjuangan mereka tabah dan bersabar bagi menegakkan hak semua rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama".

"Semua pengorbanan ini bukan untuk DAP bagi menggantikan MCA dalam BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Hanya politik baru dan penghindaran dari politik 'pecah dan perintah' mengikut garis etnik dan mementingkan diri sendiri... boleh menyelamatkan Malaysia."

Sabtu, 13 Ogos 2011

APA NAK JADI DENGAN GLC


KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kecewa dengan langkah Datuk Seri Nazri Aziz menjustifikasikan campur tangan Putrajaya dalam kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli dan mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberi maklumat-maklumat yang mengelirukan.

Satu sumber rapat dengan beberapa pihak yang dinamakan dalam kes saman dan saman balas melibatkan bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) menekankan bahawa Tajuddin telah kalah dalam kes saman RM13 bilion ke atas Danaharta pada 2009.

Beberapa dokumen yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukan Hakim Anatham Kasinather telah menganugerahkan RM589,143,205.57 kepada Danaharta, dua subsidiarinya dan empat pengarah urusan iaitu Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah pada 7 Disember 2009.

Hakim yang juga telah menolak saman balas RM13 bilion dibawa oleh Tajuddin ke atas Danaharta dan agensi-agensinya pada 12 November 2009.

Sumber-sumber berkata, GLC dan pengarah-pengarah mereka terkilan dengan alasan-alasan yang diketengahkan oleh Nazri bahawa penyelesaian di luar mahkamah merupakan langkah terbaik untuk menyelamatkan berbilion ringgit di pihak kerajaan akibat kes saman.

“Nazri telah mengelirukan orang ramai apabila beliau berkata jumlah tuntutan oleh syarikat-syarikat ini ke atas Tajuddin hanya setengah bilion ringgit.

“Itu sebab saya berkata kita perlu duduk dan berbincang,” kata sumber itu.

Sumber itu juga menambah, dakwaan bahawa Tajuddin ada kuasa tawar-menawar dan GLC berada di kedudukan tidak memihak adalah sesuatu yang mengarut.

“Tajuddin yang berhutang dan Danaharta tidak berhutang apa-apa,” kata sumber itu sambil menambah, “jadi kalau begitu apa yang perlu dirundingkan?”

Semalam, Nazri memberitahu The Malaysian Insider, beliau telah menulis kepada kesemua GLC yang terbabit awal bulan ini agar menarik balik kes saman masing-masing bernilai RM2 bilion, mengambil masa untuk mencapai perjanjian “menang-menang” dan mengakhiri saga kewangan berpanjangan melibatkan Tajuddin, orang kepercayaan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nazri juga berkata, Tajuddin yang mempertahankan dirinya, ekoran kes saman dibawa MAS ke atas beliau disebabkan kerugian RM8 bilion dialami syarikat penerbangan nasional itu, telah membawa kes saman balas RM13 bilion.

“Jumlah tuntutan kami dibuat oleh syarikat-syarikat (GLC) ke atas Tajuddin hanya setengah bilion ringgit. Itu sebab kita kata kita perlu duduk dan berbincang,” kata beliau.

Dalam kenyataan petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, pihaknya mahu mencari penyelesaian positif dan tidak harus dianggap sebagai penyelesaian luar mahkamah.


Ahad, 27 Mac 2011

PERGOLAKAN DALAMAN KOMPONEN BN SEMAKIN RUNCING

Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengulangi bahawa parti itu tidak meminta Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meletak jawatan atau memohon maaf di atas kenyataan kontroversinya mengenai MCA, MIC dan Gerakan.

Ng yang juga Menteri Pelancongan berkata setiap orang berhak menyuarakan padangan mereka dan pada masa yang sama harus mematuhi etika BN.

"Bagi MCA, orang yang pandangannya paling penting bagi kami ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jadi kami tak ambil peduli kenyataan Nazri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana Yayasan Perubatan 1MCA, di Georgetown malam semalam.

Beliau mengulas laporan Nanyang Siang Pau pada Rabu yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membandingkan kedudukan MCA sekarang sebagai "isteri yang dizalimi tetapi enggan meminta cerai".

Buat masa ini, Ng berkata parti itu memberi sepenuh tumpuan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Ng yang juga Pengerusi MCA negeri mengumumkan MCA Pulau Pinang berjaya mengumpulkan RM1 juta untuk yayasan tersebut.

"Kami jangka akan membelanjakan RM5 juta untuk membantu golongan yang memerlukan wang bagi tujuan perubatan kerana kami telah mengumpulkan RM10 juta di seluruh negara," katanya.

Mereka yang memerlukan bantuan itu boleh memohon menerusi MCA bahagian di kawasan masing-masing, katanya.

Jumaat, 25 Mac 2011

MENTERI NIE PANDAI TAPI PENGUNDI UMNO YANG BODO

Kenyataan Menteri bodo UMNO (1)

Seorang Menteri Dalam Negeri berkata, adalah menjadi satu kesalahan mengeluarkan kenyataan awal kerana menidakkan kesahihan video tersebut (dikaitkan pemimpin pembangkang) kerana ketulenannya hanya dapat ditentukan selepas pihak polis selesai melakukan siasatan.

“Mengapa hendak menghakimi kes ini, sedangkan orang yang mengeluarkan kenyataan itu sendiri berkemungkinan besar belum tengok lagi rakaman itu,” jelasnya.

Catatan: Tuduh Anwar dalam kes Liwat 2 tu belum lagi dibuktikan oleh mahkamah salah atau tidak, tak jadi kesalahan ker menteri bodo UMNO (1) woi!... Dah kantoi...


Kenyataan Menteri bodo UMNO (2)

Seekor lagi menteri bodo UMNO mengulas berhubung 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.

“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumkan kepada kami,” katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan.

Catatan: Lepas nie tentu ramai budak-budak sekolah akan upload video prono dalam handset kemudian share dengan kawan-kawan. Bukannya salah pun tonton, sebab menteri bodo tu kata bukan untuk cari keuntungan. Budah-budak tu cuma tonton bila nak dapat idea macamana nak jawap kertas periksa bulanan.

Siapa kedua-dua Menteri bodo UMNO tersebut, cari sendiri...

Isnin, 14 Disember 2009

NAZRI MARAH BILA DISURUH LETAK JAWATAN



''Kerja bodoh.'' Itulah reaksi spontan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung desakan supaya beliau melepaskan portfolio Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Sambil menegaskan beliau tidak bimbang dengan 'ugutan' tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, apa yang sepatutnya dilakukan oleh persatuan teksi terbabit adalah mencari jalan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

''Itu kerja bodoh, lebih baik buat kerja cari jalan bagaimana nak meningkatkan mutu perkhidmatan.

''(Mereka) suruh saya letak jawatan (lepaskan portfolio), pertama, saya nak sebut, kalau suruh saya letak jawatan bermakna, memang mereka ini merupakan pemandu teksi yang buat kesalahan sebab saya tegur mereka yang buat kesalahan.

''Apa pasal kita nak membela pemandu yang buat kesalahan," katanya.

Semalam, Persatuan Teksi Eksekutif Malaysia (Pupteksm) mendesak beliau melepaskan portfolio LPKP ekoran kenyataannya yang didakwa mencemarkan imej pemandu teksi.

Beliau sebelum itu hadir melancarkan bas baru The Combined Bus Services Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Mohamed Nazri berkata, beliau tidak pernah mengatakan sikap pemandu teksi di negara ini lebih teruk daripada tandas (jamban), sebaliknya itu adalah aduan para pelancong.

''Kalau dulu dalam tinjauan kita tanya pelancong apa yang mereka tak puas hati di Malaysia, mereka kata, tandas yang kotor, sekarang banyak aduan tentang pemandu teksi yang tak amanah, menipu dan tak ikut meter," katanya.

''Sebab itu saya kata, persatuan yang bela pemandu yang ingkar, melanggar syarat, yang menipu, mereka patut mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya, bukan suruh menteri letak jawatan. Ini menunjukkan kebodohan mereka.

''Saya tak akan berhenti. Dan saya tahu, Perdana Menteri juga tak akan suruh saya berhenti. Jadi, berhentilah buat kerja bodoh ini," katanya.

Dalam masa sama, Mohamed Nazri meminta orang ramai terus membuat aduan tentang kesalahan yang dilakukan oleh pemandu teksi bagi membolehkan tindakan segera diambil terhadap mereka.